Friday, April 30, 2010

Kisah Aku di Menengah Atas...

Hah..Lepas tuh...10 Januari 2008..aku didaftarkan ke sebuah private school yang hanya terletak 2.5km dari rumah pak long aku dekat Kota Samarahan...Aku pi balik driver yang jemput...tak pernah dilalui dalam sejarah hidup aku...

Nama sekolah tu Kolej Bersatu Yayasan Sarawak... tapi, entahlah...aku rasa macam2...aku tk boleh duduk pun kat situ...Lepas 2 bulan...satu malam tuh...tarikh dya 8 Mac 2008, aku beranikan diri masuk library kat rumah pak long aku di mana pak long aku menghabiskan kerja2 dya...dan aku mula berbicara dengan doa yang abah selalu ajr aku untuk lembutkan hati orang agar dengar luahan hati kita...

Aku pun masuk dan duduk berhadapan dengan pak long aku. Pak long aku cuma senyum dan tengok aku... Dan sangat lembut macam biasa...Pak Long pun tanya aku...

"Awat abang? Kitak ada masalah apa di sekolah?"

macam tau2 ja pak long aku nih...

"Pak long...abang tak maulah dah sekolah kat situ....abang balik semenanjung jalah..."

"Ish...abang nih...jangan cepat putus asala...Try dulu...kalau abang tak mau sekolah kat situ...takpa, esok, kita pi mintak surat berhenti lepas pak long bawak abang pi sekolah lain...okey?"

Maka, esoknya paklong telah membawa aku ke kolej dan jumpak ngan pengetua...maka dengan senang hatinya, pengetua, Tuan Hj. Fariz tuh telah menandatangani surat berhenti sekolah aku...maybe sebab dya kawan ngan paklong aku dah lama....


Lepas tuh, pak long bawak aku balik...dan pak long masuk balik pejabat...seketika kemudian, mak long balik rumah...aku terkejut gaklah...tak pernah mak long aku balik awal dari butik dya...


Aku ponn buat ramah cam besala...pi tegoq... "Awal mak long balik hari nih...ada apa-apa program ka?"


"Takdaklah...pak long kata, dya nak hantar abang masuk boarding school kat Mukah...Jadi, mak long ingat hari ni mak long nak bawak abang beli baranglah nak bawak pi sana..."

Wah...terharunya aku....!! Dan tengah hari tu jugak, sepupu aku, Kak Idayu, anak secont last mak long aku bawak kami ke Shopping Complex kat Kota Samarahan tuh...Oleh sebab aku ni tak berapa nak reti membeli-belah, Mak Long dan Kak Idayu yang sangat baik hati telah membantu aku membeli-belah...

Dan pada 10 Mac 2008, aku dibawa oleh pak long dan mak long mendaftar ke sekolah baru. Terpampang gah nama sekolah kat pagar besar (sekolah tuh atas bukit) Kolej Bitara Instituition, Mukah. Dan kami terus masuk ke pagar di sebelah kiri yang tertulis Kolej Bitara Instituition for Boys dan di kala itu baru aku tersedar yang pagar sebelah kanan tertulis Kolej Bitara Instituition for Girls... Rupanya sekolah ini diasingkan jantinanya...

Dan kami dibawa ke pejabat Pengetua...Tn. Hj. Abang Musa bin Abang Ibrahim...Dia pun terangkan serba sedikit tentang sekolah ni...Dya ada cakap jugak yang kalau aku score untuk pertengahan tahun punya exam, Insya-ALLAH, aku akan ditawarkan biasiswa oleh Bitara Industries Sdn. Bhd. barulah aku tahu yang kolej ini dibina ala-ala macam Petronaslah...kata pengetua, kalau ada rezeki, maka akan wujudlah sebuah IPTS di sini yang bernaung di bawah Bitara Industries yang mana syarikat ini memajukan pembangunan di sekitar Malaysia Timur termasuklah di Sabah, sarawak dan juga mendaftarkan diri untuk pembangunan di Brunei.

Lepas tuh, aku dibawa ke asrama yang macam hotel...sangatlah hebatnya...maybe sebab sekolah nih private kot...yang dok kat sini pun semuanya macam kaya...Aku masuk ke sebuah bilik di mana kawan sebilik aku nih adalah EXCO terpenting sekolah.. Tulis kat atas bilik aku tuh BILIK PERMATA BITARA... Terkejut beruk aku dibuatnya...Apahal pulak aku masuk bilik nih?

Tapi, aku pun buat-buat tak paham...kemas semua barang-barang...Ketua Warden pun dok terang kat aku fasal peraturan asaramala...outingla...pilang bermalamla...apa lagi ntah...yang aku dok fikiaq menatang lain...awat aku masuk bilik nih??

Lepas tuh, pak long dengan mak long pun balik....Aku dibawa ke bilik mesyuarat....La...awat pulak?? Ada beberapa orang pegawai masuk dan aku mula disoal-siasat macam kena tahanan reman...

Lepas tuh, dia bagi pilihan sama ada aku nak masuk kelas aliran sains, sastera atau teknikal...dan dia bagi aku pilihan mata pelajaran...yang wajib...macam biasa...BM...BI...M3...Sejarah, Geog...PI...dan Pengajian Keusahawanan...Aku pun pilih kelas teknikal...dengan tambahan mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan, Teknologi Kejuruteraan, Chemistry, Physics, Add Maths dan Reka Cipta...

Lepas tuh, dia bagi pilih kelab pulak...aku ambil Kelab Squash dengan Muziklah semestinya... Untuk subjek elektif yang kita boleh pilih sama ada nak belajaq atau nak amek SPM...semua boleh pilih pilih...dan aku memilih subjek Muzik...walaupun rasa macam nak ambik subjek Literature in English...Tapi, takpalah....

Lepas tuh, aku dibawa masuk pulak ke kelab Badan Uniform dan bilik temuduga PERMATA BITARA... Aku pilih PKBM... dan aku disenarai pendekkan untuk menjadi EXCO sekolah...Terkejut aku bertambah kepada kuasa dua...haish....pelik2 betolla sekolah nih...

Lepas tuh, aku pun diberi surat tawaran yang mana aku diwajibkan mendapat sekurang-kurangnya 3.65 GPA untuk mid year exam dan aku akan dimasukkan ke dalam badan EXCO BITARA...

Maka, aku pun meneruskanlah perjuangan...kawan sebilik aku nih memang ditawarkan untuk sambung belajaq kat sekolah nih dengan biasiswa...rupa-rupanya, dia top ten pmr untuk negeri Bumi Kenyalang....dan pembiayaan dya kat Bitara College nih ditanggung sepenuhnya oleh pihak syarikat...Dan kalau dya score SPM, dya akan terus dihantar ke luar negara untuk sambung pelajaran dalam apa-apa bidang yang dia suka...tapi, ada jugak syarat dya...

Nak tau?? Tunggu post seterusnya ya....

Kisah Aku di Menengah Rendah...

Oleh sebab aku tak berapa terror tyme upsr...aku just melangkah daftar tyme 4 januari2005 kat sekolah yang hanya 2 km dari rumahku syurgaku....

Hahaha...happy gakla coz jumpak balik kengkawan yang masuk sekolah cina tyme sekolah rendah... contohnya... Ameerul Haqim... tapi, aku dok sat ja kat situ, tak sampai sebulan, aku dah pindah ke SMKKJ...nak tau? find sendiri...

Meerul pindah ikut ayah dya yang dah bercerai dengan mak dya ke Sarawak... Kalau aku tak silap, dya msuk private school untuk menengah rendah...

Aku tercangak gakla waktu hari first tuh...Nganga....tak kenal orang... DAn aku didaftarkan ke PKBM...wakakakaka...sesuatu yang tak pernah aku bayangkan... Takpalah...aku buat-buat macam okey...

tapi, best gila aktiviti dya... Dulu, aku pernah bercita-cita nak jadi pilot...Well.. Lepas tuh dah tukaqlah... Aku takmaulah jadi menda pelik macam tuh...Biaq Pian ja berusaha untuk jadi pilot...Yalah, kan...dya minat gila kat Emma tyme sekolah rendah dulu...teruja kot sebab ada perempuan yang sama tarikh lahir dengan dya...hahahaha...

Aku pun belajaqlah bersungguh-sungguh...catch-up balik maths dengan bi... wow...Aku rasa dulu aku suka main2 sangat kot... Sebenaqnya, mate dengan bi lagi senang dari science...aku yang gila sains lebih sebab boleh try menda pelik2...dan suka baca buku sains...mate malas buat latihan...bi...malas bukak kamus...sains was somting yang aku boleh main2mainkan...sebab tulah aku minat kot...

Tapi, aku dah try yang terbaek dan akhirnya, aku dapat! aku berjaya kekalkan top ten...you see bukan senang nak lawan ngan anak cina, kan? aku tak dakla jadi best student...top ten ja...

dan disebabkan aku dah jatuh cinta pada PKBM dan cikgu penasihat dya dah jatuh hati kat aku yang tak pernah monteng latihan nih...Cikgu dah masukkan aku sebagai salah seorang pelajar untuk daftar ke MTD....Hahahaha...aku memang happy gilerah tyme tuh...

Gila!! Happy sangat!! Aku boleh dekat dengan Najwa...Najwa...Najwa...Aku dapat rasakan apa yang dia rasa sebab setiap kali dya jadi apa-apa...aku akan rasa sakit dekat ulu hati...mula2 aku ingatkan aku ni ada penyakit apa...tapi, bak kata kata ummi...cubit paha kanan, paha kiri tersa sekali... Betul ka? untuk peribahasa...aku setuju....Tapi untuk praktikal...cuba try..kalau cubit paha kanan, paha kiri terasa sekali tu...mungkin hampa ada special abilitiesla kot...tak normal...hehehehe...

Aku memang study macam nak rak...takdaklah gila sangat...besa2ja...but yes..i do stay up...dengan frame gambar ummi, abah dan najwa teman aku...Najwa yang bagi semangat kat aku untuk dapatkan tawaran masuk MTD tuh...

Seriously...aku sangat-sangat bahagia...aku nak dkat dengan Najwa balik selepas hampir tujuh tahun kami dipisahkan...

Dan tarikh 1 Oktober segala-galanya terluah...aku hanya nampak Najwa...dan macam mana dya jawab pmr dalam keadaan macam tuh...Dan tarikh habis pmr...5 Oktober, abah faxkan surat cuti aku...

AKu kemas barang...Faiz tolong aku...Balik rumah, kemas semua barang2 dan aku naik bas dengan ummi dan adik menuju ke KL....minggu depan kan dah raya...kami celebrate kat kl...dengan najwa...semua family aku sampai KL malam raya...

Well...Alhamdulillah...aku score straight a...8 a lah maksudnya dan aku berjaya dapat tawaran ke MTD tuh... Tapi aku takpi daftar dan semua kawan2 aku aku cakap aku kat MTD sekali ngan ummi ngan abah aku sekali cakap macam tu kat orang kampung...

Memang semua kawan2...orang2 kampung ingat aku kat MTD...sebenaqnya, aku tak belajaq kat sana pun... ummi dan abah cuba menghilangkan stress yang maha hebat yang terpaksa aku lalui...pak long aku secara sukarela membiayai pengajian aku dan buat pertama kalinya, abah aku menerima bantuan dari keluarganya...semuanya sebab aku...

Aku terlalu stress...Aku hanya nampak wajah Najwa di mana2 sahaja...but she've gone...Sebab tu abah hantar aku ke Malaysia Timur dan tinggal ngan pak long aku kat sana...Pak long sanagat baik dengan aku...

Nak taulagi ceita aku? Nantikan post yang seterusnya...

Wednesday, April 28, 2010

Zaman Sekolah Rendah...

5 Januari 1999...
Hari pertama aku masuk sekolah..abah tunggu aku sampai rehat ja...sebab abah kena pi sekolah balik. Ummila yang setia menunggu aku sampai pukul 12.45... bawak sekali adik aku yang kecik lagi tyme tuh...Najwa pon masuk sekali...tapi, najwa tak sekelas ngan aku...najwa kelas sebelah...Aku masuk kelas satu IT...Najwa 1 Sains... Kiranya Aku terpisahla dengan dya..Tapi tyme rehat, dya ngangala kat depan kelas aku tak pun aku nganga depan kelas dya sebelum aku, najwa dengan emma lari keluaq pagar sekolah tu balik rumah untuk makan nasik kat rumah...

Aku ngan najwa lari ke atas...emma lari ke bawah sebab rumah dya kat bawah...waktu tu rasa macam happy sangat...yalakan...kawan2 aku yang bawak bekal kena cari spot nak pi rehat takpun berebut2 kat kantin tuh untuk dapatkan makanan...

Selalunya ummi masak sedapla sebab pagi2 kami hanya makan sekeping roti sebelum pi sekolah...

Terasa air mata bergenang tiap2 kali cerita fasal adik kembaq aku si Najwa nih...Terasa macam baru semalam kami keluaq sama2 naik bas...gelak sama2...sekeh kepala dya...nampak muka dya yang memang ceria 24 jam tuh...

Cerita balik fasal sekolah rendah. Aku memang gila sukan sket...Aku juarala kalau lari kat sekolah nih...tapi, tak pernah jadi olahragawanla...besa2 ja...aku tak terror akademik...so, kenalah aktif sukan, kan?

Masuk darjah dua, walaupun aku ni kira tak berapa pandai, aku tetaplah stay kelas 2 Teknologi aatau singkatannya IT..Najwa pon naik kelas...Adik aku nih sangat pandai...Tapi, dya ada masalah kesihatan sket...so, dya dipindahkan ke Kuala Lumpur bersama nenek dengan atuk aku...dok kat sana...tapi, dya akan balik tyap2 kali cuti...

Masuk darjah tiga...empat...lima dan enam...Macam 2 yang jadi...tapi susah nak cakap...

Masa kau darjah tiga, aku dan emma...tak janji pon...tiba2 jumpak ja kat sana...pi kelas muzik...aku belajaq main gitar...piano dan violin...tapi, aku suka gitarlah... ummi cakap, kita kena ada sijil kalau nak perform dalam orchestra....ya memang aku ada cita2 utk perform kat orchestra main piano atau violin...gitar, aku memang minat gilalah...

Sebab bagi aku orchestra give you a lot of money...and... akukan ramai adik beradik...abah cuma kerja sebagai cikgu sekolah rendah...aku boleh masuk kelas muzik tu pun sebab aku ada bakat kot...sebab kitaorang ada walk-in-interview...lagi pula Najwa yang tengah sakit tuh, abah nak kena tanggung jugak...walaupun family aku ni tersangatlah kayanya...tapi, abah aku sangat low profile, dia lebih suka berusaha sendiri untuk dapatkan duit daripada berharap dari adik-beradik dya yang memang sah-sah kaya gila sebab abah aku keturunan Tengku....datuk atuk aku Tengku...mak atuk aku Tengku...tapi, tak kahwin ngan Tengku gak, sebab tuh jadi Megat...Sebab tulah aku terasa nak tolong...sekurang-kurangnya, aku masih ada seorang adik lelaki...

Lagi? Aku ni memang gila sains...aku suka reka benda2 yang pelik sket...Nak bangga diri sket...aku start masok pertandingan Sains Nestle tyme aku darjah empat...aku selalu score sains...tapi bab2 mate ngan bi aku memang hancus...cakapa bahasa inggeris aku takkan faham....maths aku lembabla...

Yang aku ingat...tyme aku darjah 4, aku reka roket..suka2 ja sebenaqnya...tapi terbabas ke dalam kawasan sekolah...elok ja landing atas cermin kereta cikgu sains aku...tyme tu budak darjah 6 ada tuisyen...kami tak sekolah, main ja...cuti sabtu...
aku just campoq cuka getah yang jiran aku guna untuk bekukan getah...aku curik lepas terhendap2 kat belakang reban ayam abah aku tuh hampir dua jam...see?aku memang nakal!!

cuka getah sahaja? ya..only..aku masukkan sekali garam pastu aku panaskan...terbanglah...hehehehe...so, aku pun diserap masuk sebagi peserta simpanan sebab aku tak reti cakap bi langsung2...

waktu darjah lima...aku buat pancur air dan gunung berapi...tapi ttyme pancur air tuh...esok nak pi bertanding, aku demam plak...waktu tuh Najwa masuk operation buat pertama kalinya...aku tersangkut sekali...kata ummi...kami kembaq...cubit paha kanan...paha kiri terasa sekali...

waktu gunung berapi tuh aku yang buat eksperimen...tapi eksperimen bisu...segala-galanya, groupmate aku yang cakap...

gunung berapi tuh dya nak tengok yang mana meletup tak mencemarkan alam sekitar...senang ja...masukkan perahan air limah dan cuka...masukkan garam...lepas tuh dia meletup, masukkan serbuk penaik...dia melimpahlah dan taklah mercik kat orang...hehehehehe...entahlah aku main hentam ja...dapat juara ja...betullah kot konsep aku tuh...

last sekali tyme aku darjah nam...aku buat kajian fasal payung terjun...dapat naib juara ja sebab belon pecah tyme tgah terbang..frust betol aku...

last sekali, keputusan upsr keluaq...aku score 3a 2b ja...b? bi ngan matelah of course...najwa? 5a...kawan2 aku...meerul ja dapat lima a....yang lain 4a1b dan bee-ann...sama ngan aku 3a2b... emma? of coursela lima a...

Kisah kanak-kanakku...



Ni gambaq tyme aku tabika dulu. Walaupun bukan sekolah pertamaku (Sekolah pertama aku kat PASTI waktu aku umur 5 tahun...sambung 6 tahun, dan 7 tahun..)Hah dalam gambaq tuh..aku yang tengah...kira dari kanan atau kiri...aku yang number lima...

Aku tyme tuh ada enam orang kawan baek dan seorang musuh ketat...musuh ketat aku perempuan... kawan baek aku, seorang budak perempuan...act...dya kembaq aku...tapi dya dah meninggal 3 tahun yang lalu...nanti aku cita fasal dya plak...yang belah kiri gambaq tuh semua kawan baek aku...sorang lagi yang kat sebelah lagi aku tuh...
musuh ketat aku...(yang duduk) dua dari kiri gambaq tuh... yang hujung paling kiri gambaq tuh...kembaq aku... Syatirah Najwa nama dya...kembaq aku nih kawan baek ngan musuh ketat aku...ada lagi sorang budak pompuan...nama dya arisa hafni binti said iskandar...depa nih memang tomboy abeslah...kawan ngan budak laki...

Oleh sebab aku masok Pasti umur 5 tahun...tapi rasanya takdak apa yang best kot kat situ...so...kita cita fasal Tabika ja okey?

Aku melangkah masuk ke Tabika KEMAS Kg. BAru pada 10 Januari 1998...bersama-sama kembaq aku, Najwa...kengkawan aku...Meerul (Ameerul Haqim)...Pian (Suffian Shafiee)...Kimi (Luqman Hkimie)...Bee-An (Nabihan Ghadani) dan Acap (Asraf Daud)... Kat sana, cikgu yang ajaq kami tuh nama dia Cikgu Zaiton...kami panggey Cikgu Zai ja...

Aku pun diletakkan di meja bersama lima kawan-kawan aku... Najwa plak dok antara dua orang budak pompuan yang comey...tyme tuh memang nampak clash gila gak ah sebab Najwa pakai jeans dengan t-shirt...dengan rambut dya yang boycut tuh...memang nampak clash la dengan budak pompuan dua orang yang pakai baju kurung dengan cekak comel tuh...memang ayu gilala...

Ropa-ropanya indah khabar dari rupa ja...Hari pertama nampaklah baik...hari kedua...ropanya lagi boyish dari adik aku...nampak cam adik aku tuh baik gila...tapi takdakla baik pon...last sekali terpengaruh dengan adik aku sekali jadi boyish...masalahnya, bila dengan pompuan boleh pulak dya main elok2...dengan laki...huh depa ni kerja carik fasal ja...tambah2 lagi si emma tuh.. dahla cute giler si emma tuh (could not mention her real name or else i'll dead...)

Lepas tuh...mulalah kami bertengkar ari2 macam anjing dengan kucing...hahahaha...fasal laksa pun nak bertengkaq...yala...budak pandaila si emma tuh...congak2 memang otak dya geliga...

dya memang selalu jadi org pertama keluaq tiap-tiap hari...sebalum balik, cikgu zai selalu buat kuiz...sapa boleh jawap boleh balik...

so, sepanjang nak balik jalan tuh memang kami bertengkaqlah...aku suka kata dya sombong... dya suka kata aku nih mulut nak kena cili...hahahaha....tapi...dya baik sebenaqnya...

sampailah hari terakhir kami amek anugerah plus sijil... memandangkan nama aku sebelum nama dya memang kami bertengkaq gilala...tapi, nasib aku memang malang sebab telah menumpahkan kuah mee atas jubah mini konvo aku... nasib baik aku dah lepas naik...tapi rupa-rupanya aku kena naik sekali lagi untuk gantikan adik aku yyang tak sihat haritu...waa...macam mana ni?? dan tanpa aku sedari, ada seseorang bagi jubah dya kat aku dan orang tuh adalah emma...dan kami mulalah kawan baik...

Kisah Aku...

Tangisan
Album : Kiasan Naluri
Munsyid : Amar
http://liriknasyid.com

Tangisan penuhi kesunyian
Berlinang air mnata ibu
Bersyukur kau lahir ke dunia
Sejak kecil engkau diasuh
Dibelai dimanja dan disayang
Agar harapan menjadi kenyataan

Siang malam tiada beza
Penat derita tidak dikira
Engkaulah yang pasti diutama
Walaupun nyawa menjadi taruhan

Betapa besarnya pengorbanan
Jasa mereka tiada ternilai
Kini kau pun telah dewasa
Usah diluka hati yang tua

Tiada yang lebih membahagiakan
Kecuali sekuntum doa penyeri hidup
Anak yang soleh itulah tandanya
Harta sejati yang amat berharga

Dan pada tarikh 8 Januari 1992, tepat jam 3.45 pagi, lahirlah seorang bayi lelaki seberat 3.34 kg yang diberi nama Ameer Najmi bin Haji Farid Redzuan.

Akulah tu..aku ni anak keempat dari enam orang adik beradik...

Keluarga aku terdiri daripada abah aku...Haji Farid Redzuan bin Megat Shahrul Nabihan..
ummi aku, Nik Fadzilah Baini binti Nik Jalalluddin ismail...
Along aku...Aiman Syazmil bin Haji Farid Redzuan...
Angah aku...Syamira Aqilah binti Haji Farid Redzuan..
Alang aku...Syafiqah Aimi binti Haji Farid Redzuan...
Achik aku...Amran Hasrif bin Haji Farid Redzuan...
Aku...
and last sekali adik aku yang bongsu dan manja...Syahirah Aulia binti Haji Farid Redzuan...

Well...abah aku kerja sebagai seorang cikgu dan akan pencen tahun depan...
ummi aku plak kerja buat nasi lemak...isi masa lapang katanya...
along aku dah kahwin pun...umur dya 30 sekarang....dia sekarang nih kerja sebagai seorang engineer dekat petronas...samala dengan isteri dya...nama isteri dya Husna binti Ghazali...anak depa yang cute tuh...Faris Akmal bin Aiman Syazmil....baru 3 tahun...
angah plak pulak tengah sambung phd dalam bidang sains...umur dya 28 tahun...kahwin awal nih...suami dya doktor...suami dya nama Muhammad Basri bin Hanif...anak depa dah dua orang pun...dua-dua perempuan...yang first Ariana Ilyani umur 4 tahun... yang second Adlina Iftitah umur 1 tahun setengah...
alang tengah tunggu nak sambung master kat russia hujung tahun nih... skrg tengah buat kerja sambilan jadi cashier kat tesco baru sp tuh.. dya buat master in econs kot...umur dya sekarang 25...
achik plak tahun kedua kat university of adelaide, australia dalam course farmacist...umur dya 21 tahun
adik aku form four dekat mrsm taiping...
aku? nanti aku cerita lagi...

Tuesday, April 27, 2010

Assalamualaikum..

Aku memulakan penulisan yang agak keterlaluan di sini... so kepada anda yang tak meminati cerita ini....mintak maaflah...tak minta sesiapa ponn jadi pembaca setia...cuma mahu menulis untuk meluahkan perasaan....

Sekian, harap maklum