Friday, April 30, 2010

Kisah Aku di Menengah Atas...

Hah..Lepas tuh...10 Januari 2008..aku didaftarkan ke sebuah private school yang hanya terletak 2.5km dari rumah pak long aku dekat Kota Samarahan...Aku pi balik driver yang jemput...tak pernah dilalui dalam sejarah hidup aku...

Nama sekolah tu Kolej Bersatu Yayasan Sarawak... tapi, entahlah...aku rasa macam2...aku tk boleh duduk pun kat situ...Lepas 2 bulan...satu malam tuh...tarikh dya 8 Mac 2008, aku beranikan diri masuk library kat rumah pak long aku di mana pak long aku menghabiskan kerja2 dya...dan aku mula berbicara dengan doa yang abah selalu ajr aku untuk lembutkan hati orang agar dengar luahan hati kita...

Aku pun masuk dan duduk berhadapan dengan pak long aku. Pak long aku cuma senyum dan tengok aku... Dan sangat lembut macam biasa...Pak Long pun tanya aku...

"Awat abang? Kitak ada masalah apa di sekolah?"

macam tau2 ja pak long aku nih...

"Pak long...abang tak maulah dah sekolah kat situ....abang balik semenanjung jalah..."

"Ish...abang nih...jangan cepat putus asala...Try dulu...kalau abang tak mau sekolah kat situ...takpa, esok, kita pi mintak surat berhenti lepas pak long bawak abang pi sekolah lain...okey?"

Maka, esoknya paklong telah membawa aku ke kolej dan jumpak ngan pengetua...maka dengan senang hatinya, pengetua, Tuan Hj. Fariz tuh telah menandatangani surat berhenti sekolah aku...maybe sebab dya kawan ngan paklong aku dah lama....


Lepas tuh, pak long bawak aku balik...dan pak long masuk balik pejabat...seketika kemudian, mak long balik rumah...aku terkejut gaklah...tak pernah mak long aku balik awal dari butik dya...


Aku ponn buat ramah cam besala...pi tegoq... "Awal mak long balik hari nih...ada apa-apa program ka?"


"Takdaklah...pak long kata, dya nak hantar abang masuk boarding school kat Mukah...Jadi, mak long ingat hari ni mak long nak bawak abang beli baranglah nak bawak pi sana..."

Wah...terharunya aku....!! Dan tengah hari tu jugak, sepupu aku, Kak Idayu, anak secont last mak long aku bawak kami ke Shopping Complex kat Kota Samarahan tuh...Oleh sebab aku ni tak berapa nak reti membeli-belah, Mak Long dan Kak Idayu yang sangat baik hati telah membantu aku membeli-belah...

Dan pada 10 Mac 2008, aku dibawa oleh pak long dan mak long mendaftar ke sekolah baru. Terpampang gah nama sekolah kat pagar besar (sekolah tuh atas bukit) Kolej Bitara Instituition, Mukah. Dan kami terus masuk ke pagar di sebelah kiri yang tertulis Kolej Bitara Instituition for Boys dan di kala itu baru aku tersedar yang pagar sebelah kanan tertulis Kolej Bitara Instituition for Girls... Rupanya sekolah ini diasingkan jantinanya...

Dan kami dibawa ke pejabat Pengetua...Tn. Hj. Abang Musa bin Abang Ibrahim...Dia pun terangkan serba sedikit tentang sekolah ni...Dya ada cakap jugak yang kalau aku score untuk pertengahan tahun punya exam, Insya-ALLAH, aku akan ditawarkan biasiswa oleh Bitara Industries Sdn. Bhd. barulah aku tahu yang kolej ini dibina ala-ala macam Petronaslah...kata pengetua, kalau ada rezeki, maka akan wujudlah sebuah IPTS di sini yang bernaung di bawah Bitara Industries yang mana syarikat ini memajukan pembangunan di sekitar Malaysia Timur termasuklah di Sabah, sarawak dan juga mendaftarkan diri untuk pembangunan di Brunei.

Lepas tuh, aku dibawa ke asrama yang macam hotel...sangatlah hebatnya...maybe sebab sekolah nih private kot...yang dok kat sini pun semuanya macam kaya...Aku masuk ke sebuah bilik di mana kawan sebilik aku nih adalah EXCO terpenting sekolah.. Tulis kat atas bilik aku tuh BILIK PERMATA BITARA... Terkejut beruk aku dibuatnya...Apahal pulak aku masuk bilik nih?

Tapi, aku pun buat-buat tak paham...kemas semua barang-barang...Ketua Warden pun dok terang kat aku fasal peraturan asaramala...outingla...pilang bermalamla...apa lagi ntah...yang aku dok fikiaq menatang lain...awat aku masuk bilik nih??

Lepas tuh, pak long dengan mak long pun balik....Aku dibawa ke bilik mesyuarat....La...awat pulak?? Ada beberapa orang pegawai masuk dan aku mula disoal-siasat macam kena tahanan reman...

Lepas tuh, dia bagi pilihan sama ada aku nak masuk kelas aliran sains, sastera atau teknikal...dan dia bagi aku pilihan mata pelajaran...yang wajib...macam biasa...BM...BI...M3...Sejarah, Geog...PI...dan Pengajian Keusahawanan...Aku pun pilih kelas teknikal...dengan tambahan mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan, Teknologi Kejuruteraan, Chemistry, Physics, Add Maths dan Reka Cipta...

Lepas tuh, dia bagi pilih kelab pulak...aku ambil Kelab Squash dengan Muziklah semestinya... Untuk subjek elektif yang kita boleh pilih sama ada nak belajaq atau nak amek SPM...semua boleh pilih pilih...dan aku memilih subjek Muzik...walaupun rasa macam nak ambik subjek Literature in English...Tapi, takpalah....

Lepas tuh, aku dibawa masuk pulak ke kelab Badan Uniform dan bilik temuduga PERMATA BITARA... Aku pilih PKBM... dan aku disenarai pendekkan untuk menjadi EXCO sekolah...Terkejut aku bertambah kepada kuasa dua...haish....pelik2 betolla sekolah nih...

Lepas tuh, aku pun diberi surat tawaran yang mana aku diwajibkan mendapat sekurang-kurangnya 3.65 GPA untuk mid year exam dan aku akan dimasukkan ke dalam badan EXCO BITARA...

Maka, aku pun meneruskanlah perjuangan...kawan sebilik aku nih memang ditawarkan untuk sambung belajaq kat sekolah nih dengan biasiswa...rupa-rupanya, dia top ten pmr untuk negeri Bumi Kenyalang....dan pembiayaan dya kat Bitara College nih ditanggung sepenuhnya oleh pihak syarikat...Dan kalau dya score SPM, dya akan terus dihantar ke luar negara untuk sambung pelajaran dalam apa-apa bidang yang dia suka...tapi, ada jugak syarat dya...

Nak tau?? Tunggu post seterusnya ya....

0 comments: