Saturday, May 1, 2010

Kisah Aku di Menengah Atas 2...

Hah…sambung cerita…kalau nak tau cerita apa, sila rujuk kisah aku di menengah atas yang sebelum ni…

Syarat yang ditetapkan oleh Bitara Industries kalau dia tawarkan biasiswa ialah kita kena kerja dengan dya for 3 tahun untuk yang dapat first batch honour, 5 tahun untuk second class upper..7 tahun untuk second class biasa dan 15 tahun untuk third class…Tapi, aku tak pernah lagilah dengaq cerita yang ada pemegang biasiswa yang kena kerja sampai 15 tahun…paling lama pun 7 tahun ja…yalah…takkan dia nak bagi biasiswa untuk orang2 yang dah confirm dapat third class kot kan…dahlah kena kerja 15 tahun, kena bayaq cukai pulak tu…tak dapat elaun lagi…so, kalau tak mau macam tuh…studylah sungguh2…

Tapi, bagi akulah kan...dorm mate aku, si Saiful Nizam Azahan bin Ujang nih…hebat sangat kot…hahaha…dya aliran sains…Cita-cita dya nak jadi doctor…Takpalah…Bitara punya hosp bukan macam hosp kerajaan kita yang kat semenanjung nih…bitara hosp tuh kebanyakannya untuk orang besar2 dan kebanyakannya untuk pakar2lah kiranya…so, dya kena blajaq dan ambik pakar siap2 sebelum balik M’sia baru boleh kerja kat situ…Lagipun…hosp Bitara tuh, bukan kat dalam Sabah atau Sarawak…tapi kat Brunei…

Okeyh2…lepas seminggu aku kat situ, aku diserap masuk ke dalam team bola keranjang…hahaha…aku tak minat pun bola keranjang, tapi, Alhamdulillah…aku dikurniakan ALLAH dengan kebolehan dan kecekapan bermain bola keranjang…dan aku sangat2 bersyukur…

Mai aku cerita fasal jadual kat sana pulak…Pagi, macam biasa…sebelum Subuh, kami wajib bangun dan bersiap sedia ke Masjid untuk solat berjemaah di mana kami berkongsi dengan Bitara Girls… Lepas tuh, kami akan balik ke asrama, sarapan pagi…(Sarapan pagi biasanya oat…koko krunch dengan susu… cereal… kalau sekolahlah…) Kata Nutritionist yang bertugas tyme aku Tanya tuh…dya cakap, sarapan pagi adalah untuk menambahkan tenaga…so, bila hari sekolah, kami lebihkan bijirin dan karbohidrat serta kalsium untuk kecerdasan otak and bla…bla..bla…aku tak ambil bio so, aku malas nak dengaq penerangan yang panjang berjela tuh…cukuplah yang aku tau bahawa sarapan pagi amat penting… kami juga disunatkan bersarapan dengan kismis sebanya tujuh biji yang dimulai dengan selawat…(Tapi, aku tak rasa macam sunat…dah jadi wajib kot untuk pelajar sekolah ni)

Lepas tuh, kami akn terus ke sekolah dan masuk kelas…Sebaik sahaja loceng berbunyi, mikrofon akan diketuk oleh Ustaz yang bertugas di mana Ustaz tersebut akan membacakan doa sebelum memulakan pelajaran…(Untuk hari Isnin hingga Khamis sahaja…Untuk hari Jumaat…kami akan mengalunkan zikr al-asma ul-husna… sebelum bacaan doa)

Lepas tuh, kelas dimulakan…satu waktu...45 minit…5 minit untuk penerangan penuh…30 minit untuk penerangan bab dan 10 minit untuk sesi soal jawab…setiap mata pelajaran ada satu waktu…takdakla sampai dua waktu…masuk kelas pukul 7.15 pagi…rehat 10.15 hingga 10.45…dan balik pada jam 2.30 minit petang… Lepas tuh macam biasa, solat Zohor, makan tengah hari…

Lepas tuh…rehat sampai solat Asar…Waktu riadah tuh ikut sukala…Tapi, kalau macam aku nih…ada latihan basketball ataupun latihan squash atau tennis…aku pilah…kalau tak, aku lagi suka lepak kat bengkel buat reka cipta baru untuk projek sekolah ataupun ke tapak kawad PKBM….

Malam pulak…selalunya akan ada kelas untuk subjek elektif…so, tiap-tiap malam, aku akan jadi penghuni setia bilik orchestra kat kolej. Sebelum tu, macam biasa, wajib solat Jemaah Maghrib dan Isyak dekat Masjid…Sementara tunggu waktu Isyak tuh selalunya macamlah kami buat…(hafazan, tadarus, ceramah agama, tadabbur dan juga tazkirah…halaqah…boleh buat masing2 punyalah…sekolah tak wajibkan).

Tapi, masuk pertengahan bulan Mei…dekat2 nak periksa, ada seorang cikgu IT daftar masuk sekolah kami dan dia bukak kelas Literasi Komputer malam2… Seminggu pi dua kali… Sesiapa yang berminat sajalah….Aku pun terlibat jugak…sebab aku EXCO untuk kebudayaan dan reka cIpta secra tak rasmi…mungkin kenala kot guna kom…wajib… so…tiap2 Ahad malam dan Selasa Malam, aku akn melepak depan computer tu lepas habis isyak sampai pukul 11.30… light off kami…suka hatilah pukul berapa…Cuma lampu utama kena padamkan pukul 12.30…yang lampu lain2 tuh…bergantung pada individu…

Kalau hari cuti…aku akan melepak kat bengkel buat projek atau kat bilik muzik…kadang2 kalau rasa macam nak kluaq peluh aku pilah basket…shoot bagi masuk…hilang tension…

Sampailah mid year exam…study punya study…Alhmdulillah…akhirnya, aku Berjaya dapat GPA 3.86…lebihla daripada apa yang disyaratkan oleh pemberi biasiswa…dan aku pun ditawarkan biasiswa dan diserap masuk secara rasmi dalam PERMATA BITARA dan sekaligus menjadi ketua utama EXCO Kebudayaan Muzik dan Reka Cipta untuk Kolej Bitara…dan mungkin rezeki aku jugak…Alhamdulillah, aku dilantik menjadi kapten untuk basketball…huh…gila penat hari2 dowh…

Masuk bulan 8, cikgu Malik Redza…PK Administration Kolej mai jumpak aku tyme aku tengah komand bebudak kawad untuk National Day peringkat sekolah… Aku terkejut gakla..lepas sembang2 sat…rupanya dia tawarkan aku untuk ambil suubjek est…mak!! EST?? Tak pernah aku bayangkan nak ambik subjek tuh…dahlah jadual dya clash dengan subjek Pengajian Keusahawanan aku…(yang selalu ambik EST subjek wajib depa ialah akaun bukan pengajian keusahawanan)

“Cikgu yakin dengan kamu Ameer…” Aku sengih ja… memang semua orang kat sini panggil aku Ameer… dan, setelah aku berbincang dengan abah, ummi, pak long, mak long dan setelah ditimbal balik, aku pun bersetuju untuk ambik subjek tuh…Aku istikharah tau…bukan main suka2 ja…

Dan bermulalah episode baru aku yang tersangatlah sibuknya kalah PM… dan aku bersyukur kerana dalam kesibukan aku, aku tak pernah menjatuhkan prestasi akademik aku dengan sentiasa mengekalkan 3.75 ke atas untuk mengekalkan segala aktiviti koku aku yang macam nak gila tuh!!

Lagi?? Nanti aku sambung lain…

0 comments: