Monday, May 3, 2010

Kisah Aku di Menengah Atas 3...

Lagi…

Aku masuk Form Five… Masuk form five nih memang bahaya sikit sebab kelas Kimia, Fizik dan Lukisan Kejuruteraan kami dikongsi bersama dengan bebudak Bitara Girls… Mula2 tuh aku tak berapa berani sangat..Yalah..first tyme masuk kelas sekali…Kot2 kena ngorat ka…

Hahaha…tapi jangkaan kami meleset sama sekali kerana bebudak Bitara Girls sangatlah tawadhuk dan istiqamahnya walaupun depa takdalah bertudung labuh macam budak sekolah agama…tapi sangat menjaga pergaulan…Terkejut gaklah kami yang gila2 nih…hehehehe…

Sebab apa aku anggap macam tuh..sebab zaman sekarang nih..aku tengok orang pakai tudung labuh…adalah golongan minority….pakai tudung labuh, baju lubuh tapi, pakai baju macam sarung nangka..yang tu pun ada gak dalam golongan bebudak yang sekelas dengan aku…tapi aku tengok golongan tulah yang dok bercintun…maybe dulu kat sekolah depa tyme lower form…tak berkesempatan kot…lantak pilah kat depa….

Masuk form five memang gila gakla hidup aku…rasa macam tak sempat nak bernafas. Balik pukul 12.30 ja aku terus tukaq baju lepas tuh terbongkang atas katil…penat dowh…awal-awal pagi dah nak kena bangun fikiaq yang tu, yang nih…cari strategi nak menang basket…nak buat projek untuk rekaciptalah…entah seribu satu masalah yang putaq dalam kepala otak aku nih…so, kepada anda yang rasa macam dulu tak buat apa pon kat sekolah bersyukurlah…sebab kalau jadi macam aku nih…memang azabnya, Tuhan saja yang tau…letih badan…

Sampailah satu ketika, waktu tuh, aku dah balik rumah pak long aku untuk cuti mid year term…sedang aku dok berangan dan belek lappy aku, tiba-tiba telefon bunyi….AKu terkejut gaklah…haish…kacaula aku tengah syok main game perang2 monster mania nih…

“Assalamualaikum abah…”

“Waalaikumussalam…abang…Balik tau esok…abah dah tempah tiket…”

Wa…mandatory punya arahan tuh….apalah yang jadi pulak kali nih??

“Esok, bah? Pukul berapa flight?”

“Pukul 7.30 pagi…” Lagilah aku terkejut…cepat2 aku tengok jam kat dinding bilik aku…dah pukul 10.30 malam…Lagilah aku kalut…aku terus shut down lappy…kemas barang-barang dan tidoq…dalam flight, aku bukan boleh tidoq pun…

Nak tau apa jadik kat kampung? Nanti post lain aku cerita…Adalah cerita di sebaliknya…

AKu balik semula ke Bitara College dengan rasa yang entah…susuah aku sendiri nak cakap. Kenapa aku? Aku rasa macam aku tak cukup dewasa lagi untuk tanggung semua nih…APa-apajalah…aku kena sambung blajaq nak capai cita2 aku…itu yang utama….

Masuk tyme trial…Hari aku nak jawab soalan Teknologi Kejuruteraan tuh, aku rasa semacam…entahlah… aku rsa tak sedap hati, tak mau jawab periksa…tapi, Alhamdulillah…keputusan aku takdaklah teruk sangat… macam biasa ja…
Mungkin perubahan yang berlaku sejak akhir2 ni memang mengganggu tumpuan aku sepenuhnya untuk sambung blajaq….tiba2…ada pulak pengumuman yg mengatakan asrama perlu dikosongkan tyme SPM…terkejut si Saiful nih…yalah, dya kan Ketua Umum Permata Bitara…semuanya di bawah urusan dyalah…

Tapi, pengetua telah mengeturkan beberapa buah asrama dekat dengan sekolah untuk kami…tapi, lepas tuh, dya suruh kami dok rumah sewa ja…yalah…asrama yang pengetua bagi kat kami tuh dekat dengan Bitara Girls…mestilah sama-sama tak selesa..mana pernah kami nih bertentang mata walau dalam kelas…masing2 buat hal sendiri ja…kecuali yang perak terlebih tuh…

Kat rumah sewa, pak long selalu mai lawat aku…hahahaha….nak tau apa pak long cakap pada suatu hari? Waktu tuh baru habis exam Maths…

“Abang…pak long daftar abang kat kelas memandu…pak long dah aturkan dengan depa…bila abang rasa nak pi, abang call pak long, nanti pak long bagitau depa…bagitau kawan2 lain sama kalau2 depa berminat…”

Dan kami berbincang dan setuju…Maka bermulalah jadual yang agak sibuk,…belajaq kereta dan motor…sambil tunggu giliran, kami studylah…tapi…kadang2 boring, kami menyembang ja kat situ…

Sampailah tarikh last exam…aku kemas barang semua dan balik rumah pak long…tapi, sebelum tuh, aku pi amek test JPJ dulu…alhamdulillah…kami berlima pass with flying colours…

Sebelum aku balik Semenanjung tuh…pak long Tanya aku…betul ka dah nak balik…tak mau ka dok sini dulu…Aku memang nak balik…dah dua tahun aku bermusafir kat sini…dan lama aku tak jumpak adik dan kawan2 sekampung aku…mandi sungai melepak, memancing, keluaq SP sama2…rempit…panjat pokok rambutan…kait buah manggis…macam2 lagi yang aku rindu…tup2 tersangkut lagi…

Kali ini, aku diminta mengejar basic violin dan piano dekat sebuah kelas muzik untuk kanak-kanak 9-12 tahun dekat Kota Samarahan tulah…

Sebelum aku lupa…well…kalau hampa check jadual exam spm 2009, pengajian keusahawanan tukan clash dengan subjek teknologi kejuruteraan..camna tuh? Di sini aku ingin memohon ampun kerana kat sini, aku pun tak tau sebab apa, tapi, kelas pengajian keusahawanan kami sebenarnya kena duduki exam perdagangan… haish…aku pun tak paham pasaipa…takkan hampa paham kot, kan? So…maaflah...

Haha…tu ja kot…Nanti, aku cerita lagi ek??

0 comments: