Tuesday, May 4, 2010

AKU DAN NAJWA...

Ni gambaq arwah Shatirah Najwa...sangat comel...Najwa...I miss you so much!! Al-Fatehah....

Shatirah Najwa bt Hj. Farid Redzuan dilahirkan lambat 5 minit dari aku…
Kami sangat rapat waktu kecik2 dulu sampaikan dia akan mennagis kalau terpaksa berenggang…
Aku teddybear pada dya…menajdikan aku seorang abang dan pelindung yang sangat baik…kawan baik sendiri pun aku sigi kalau ada buat Najwa aku nih menangis…
Sayangnya aku pada Najwa sangat lebih dari aku menyayangi diri aku sendiri…
Aku memang rela andainya aku tak makan waktu rehat hanya kerana Najwa teringin nak makan mee sup dekat kantin…
Apa yang aku dah merepek nih…
Okeyh..tukaq2…
Masuk darjah dua…pada suatu hari…tyme tuh, kami tengah main2…sepatutnya petang tuh, aku pi main bola kat padang dengan kawan2…dan entah kenapa…buat pertama kalinya sejak aku dalam tahun dua…najwa ajak aku bermain masak2 di pondok kami….

Dan entah kenapa, aku bersetuju untuk mengikutnya…
Tapi, aku tak terlibat pun dalam acara permainan mereka. Aku hanya teman…menemani… mengikuti…dan lain2 perkataan yang berkaitan…
Aku tengoklah…mula2…depa main batu…lepas tuh buat kerja sekolah…lepas tuh…main masak2…
Lalu, aku pun disuruh ke kedai membeli barang2 keperluan…ceh…
Kutip bunga raya, daun…bunga kertas…bunga apa ntah lagi yang segar bugar dekan taman belakang hutan getah nih…
Act…pondok nih…abah aku buat waktu muda2 dulu…saja nak seronok2…bercintalah kononnya…kalau shah jehan buat taj mahal untuk mumtaz…abah aku buat pondok nih untuk ummi…
Ni gambaq ja ya…gambaq betul tak tangkap pon…coz dulu mana reti tangkap gambaq pon…

Ni yang betul..tapi, aku pun tak tau kenapa bila masuk dalam lappy aku, size dya besaq semut ja…
Tapi, lepas aku form three…pondok ini dorobohkan…sebab?? Satgi aku cerita, k…?

Okeyh sambung…lepas tuh, depa pon masak macam biasa…tak dak apa yang extraordinary pun…
Sampailah masuk pukul 5…icha, emma, ita, ngan syifa pon dah nak balik… Depa pon baliklah…selalunya lepas tuh, depa akan main apa2 yang lain sampai pukul 6.15 baru balik…tapi, hari tu nak hujan…terpaksalah balik awal…

Aku tengok najwa dok simpan barang2…gaya macam nak balik…sekali dya pi main batu kat hujung ruang kosong tuh sorang2…
Tak lama lepas tuh…hujan mencurah2…lebat..kilat lagi…basah tau…
Fyi…najwa takut kilat…so, sebagai abang yang baik…ceewah…perasan btol aku nih…memang dah biasa sejak kecik, najwa akan spontan peluk aku bila dengaq kilat..dan macam tulah yang terjadi…basah gakla kami…tapi, takkan aku nak usung najwa balik tengah2 kilat macam nih…nak mampos…??
Aku pun suruh dya sabaq sat tunggu hujan seriat sikit baru nak balik…
Hah…aku dok peluk dya, tiba2 dya muntah…tapi, bukan muntah biasa…muntah darah…terkejut aku…
Aku takot gila…so, aku telah tinggal dya sorang2 kat pondok dan lari ke rumah meerul…Meerul telefon abah…lepas tuh, kami naik kat pondok balik…aku memang takut…dengan muka najwa yang pucat lesi tuh…darah lagi…lagila aku takut…

Tiba2, najwa terkulai atas riba aku…sebelum tuh dya peluuk aku cakap sejuk…sejuk… wa…aku menangis…besalah…budak2…

Nasib baik lepas tuh, abah aku sampai…meerul yang memang blur tu…blur ja tengok aku reyau…kotla nak tolong…

Kami bawak najwa pi hospital…dan najwa disahkan mengidap penyakit ulser pancreas…jangan Tanya kat aku…aku tak ambik bio…

Well…lepas berita tuh sampai pada tuk dengan nek aku kat KL…depa pon adopt najwa dengan depa…seminggu aku tak pi sekolah…demam panas..ummi kata demam rindu…

Lepas tuh..perjalanan diteruskan maka setiap kali cuti, kami sekeluarga akan pergi ke KL…tengok najwa…najwa dah tak maca dulu…walaupun dya masih gelak..masih senyum…masih banyak cakap…macam bertih je gayanya…

Tapi, dya dah banyak berubah…tengah2 tengok tv…dya boleh batuk darah…macam2…memang kesihatan najwa sangat teruk…

Sampai upsr keluaq…najwa masih tersenyum dengan 5A dya…tawaran ke SSP terpaksa dya ttolak mentah2…walaupun dya menangis teruk tyme tuh…

Lepas tuh, nek dan tuk hanya hantar dya ke SMK TTDI…Dya Nampak macam biasa ja…nampak macam dah baik tyme operation kedua dya…

Operation pertama tyme kami darjah lima…operation kedua tyme kami form two…bayangkan, aku terpaksa bertahan dengan demam panas yang sangat teruk untuk peperiksaan pertengahan tahun…well..yalah..dah dya operation…macam ummi cakap..bond kami tak boleh dipisahkan…

Ummi dengan abah pi tengok…aku kena stayla…jawab periksa…abah dah sogok aku…kata abah…walau apa yang terjadi, kita sebagai hamba-Nya harus tabah dan terus hidup…

Alhamdulillah, pembedahan Berjaya dan Najwa Nampak dah mula positif…dya dah kurang batuk and muntah darah…dah tak selalu pitam macam dulu…kalau nak kata happy..akulah orang paling happy sekali…aku dapat rasa kesakitan dya…sebab setiap kali dya sakit, aku akan sakit jugak…

Lepas tuh…habis exam pmr…aku terus naik bas menuju ke KL…dengan ummi dan adik…

Malam tuh..kat rumah tuk…aku tengah tengok tv…Najwa mai duk sebelah aku…

“Abang…PMR susah dak?”

“Awat kakak Tanya macam tu?”

“Saja…kakak rasa PMR okeyla jugak… Abang boleh tolong kakak?”

“Tolong? Tolong apa??”

“Tolong jadi CEO syarikat…”

Aku gelak jalah…memang cita2 Najwa nak jadi CEO kat syarikat pak ngah aku.. well…aku tak sangka langsung…

Hari raya pertama…

“Abang…kakak nak mintak maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki…lepas nih…kakak janji abang tak akan bagi abang sakit lagi…” dan Najwa gelak…aku..? aku sedih dan sayu… tak taulah…pengucapan menusuk kalbu…

Malamnya…

“Along on the way balik…” kata ummi… Aku tengah dalam bilik…baru balik sembahyang Isyak kat masjid…

Lepas jumpak along…aku naik atas…semua orang masuk bilik…sampailah, satu mesej masuk dalam handset aku…

Abang…teman kakak makan burger kat hujung taman jom…

Aku pun turun..dan aku pun tak tau kenapa semua orang tanpa soalan langsung membenarkan…

Kami jalan…beli burger special yang najwa suka lepas tuh lepak kat taman depan rumah tuk dengan nek…

Lepas makan..kami baring atas rumput…sembang2 tentang impian najwa nak buat rumah besaq kat kampung…macam2 lagilah impian dya…dan…hujan turun lebat secara tiba2…tapi…tanpa kilat…

Najwa masih kekal berbaring di situ… aku tarik dya ajak balik…tapi, dia tak mau…

“Abang janji dengan kakak…?”

“Janji apa??” aku agak marah…dya tak sihat…still nak main hujan lagi…

“Janji yang abang akan jadi arkitek…jadi CEO untuk kakak dan score straight a’s untuk SPM 2009…”

“Abang janji…jom kita balik…”

Barulah najwa bangkit dan peluk aku…

“Najwa sayang Najmi…” Ya ALLAH…hancur lebur hati aku tyme tuh…

“Najmi pun sayang Najwa…” tapi, aku sedaq aku dah nangis tyme tuh…

Najwa hanya peluk aku dan ala-ala Hindustan film…kami berpelukan sambil menangis kat situ….sampaila aku sedaq yang Najwa dah mula semput…

Aku cepat2 bawak Najwa balik dan menjerit satu rumah…

Agak kelam-kabut tyme tuh dan Najwa dibawa ke rumah sakit…again…

Dan malam tuh jugak, abah, ummi, tuk dan nek tandatangan satu lagi operation tergempar sebab kata doctor ada pendarahan lagi dalam pancreas…

Dan apa yang aku tau, sebaik sahaja, Najwa dibawa ke dalam operation thetre tuh, aku tak sedaq apa2…

Dan Najwa jadi lemah semula lepas operation tuh…kata doctor, ulser tuh dah merebak hampir ke seluruh abdomen dya…

Setelah disiasat…barulah tuk, nek dengan doctor bagitau kami sekeluarga yang memang tahap Najwa di tahap bahaya…

Memang lepas tuh…najwa kena tahan kat hospital…
Tarikh 27 Disember 2007…

“Najwa sayang Najmi…” kata-kata itu dibisikkan sekali lagi ke telinga aku…

Aku rasa macam aku dah gila waktu tuh…

Malam tuh…ummi dengan abah baca Yasiin dalam bilik Najwa…

Aku bersendirian dalam bilik…rasa sakit yang selalu datang itu datang lagi malam ini…
Tapi, hari ini, Najmi berlari ke kamar Najwa…biarlah rasa sakit ini menghentam seluruh tubuh…Najwa yang lebih utama sekarang….

Najwa seperti biasa mengalirkan air mata dengan mulut yang terkumat-kamit…aku mengkagumi dya…dalam kesakitan, dya masih mampu melafazkan ayat2 hafazannya dengan baik…

Aku peluk Najwa…Malam ini…aku rasa ngilu yang pedih mencucuk-cucuk tubuh…

Eh…salah…aku kan nak bercerita fasal Najwa….Okeyh mula balik…

Najwa peluk aku… “Diari..”

Hanya sepatah itu yang dia ucapkan pada aku…

Malam tuh, seluruh keluarga disuruh pulang ke rumah tuk dan nek… sekumpulan jemaah masjid dipanggil membacakan Yaasiin…Kami juga sudah sedia dengan apa sahaja yang mungkin terjadi pada malam itu…

Dan malam itu…aku dok dalam bilik bertemankan alang dan achik…Kalau benar ada sesuatu pada Najwa yang sedang terlantar…aku juga akan merasainya nanti…

Memang malam tu aku demam panas…sebab tulah jadi macam tu…

So…lepas tuh…aku terlena dan tak sedaq apa2 lagi…Sedaq2, aku kat atas katil…dah pagi…dan achik tidur kat atas lemek sebelah katil tu.. AKu cepat2 bangun…

“Abang..?”

“Achik…Abang nak pi tengok kakak…”

“Kakak?” Dan waktu tu achik menangis….Dan aku mula sedaq…Najwa ku dah tak dak…Najwa dah pi tinggal Najmi kat sini…

“Bila, achik?”

“2 hari lepas…” AKu hanya tunduk dan diam… Sesungguhnya pemergian Najwa memang memberi tamparan hebat pada aku…pada Najmi…

Hmmm…sehari aku diam tak cakap apa2… Walaupun ummi masuk tunjuk keputusan PMR aku…tunjuk tawaran MTD pada aku…Tapi aku hanya geleng…

Najwa…dapat 8 A...petang tuh, posmen mai rumah tuk…hantar surat ada cop rasmi URUSAN SERI PADUKA BAGINDA….Najwa dapat tawaran ke SBPI Gombak…

Sedih tu…maka, ummi dan abah bawak aku balik Kedah…balik dengan harapan…aku akan sembuh…Ya…aku memang dah gila tyme tuh…semua tempat aku Nampak Najwa…Teddy bear Najwa pon aku peluk tidoq…

Aku selalu cakap sorang2 dan tak dak semangat nak daftar 13 Februari 2008 kat MTD… Lalu, suatu hari, pak long balik... balik dengan pak su aku yang kini sedang melanjutkan belajar dalam bidang psikiatrik…(betull ka aku eja??)

Pak su cadangkan agar pondok kat belakang semak itu dirobohkan…bila orang Tanya…abah dengan senang hati jawab…pondok tu dah buruk…nanti kalau tumbang rosak rumah orang…

Lepas tuh…pak long bawak aku ke Sarawak…Dan mula hidup baru…Walaupun Najwa dah tak ada…teddy bear Najwa masih ada dalam simpanan aku…Cuma pondok tu ja dirobohkan…tak palah…memang kalau ada pondok tuh…aku rasa..aku akan tetap cakap sorang2 sampai bila2…

So, di kesempatan ini…kepada kawan2 yang baca blog nih..thanx sebab banyak tolong aku…especially to saiful yang sentiasa sokong aku sepanjang aku kat Bumi Kenyalang and not forget to Ameerul Haqim yang sangat supportive…and last but not least to Emma…Motivate aku hari2 kat rumah tyme aku gila tuh…hahahaha….

So, thank to all… Moga Allah merahmati kalian…

5 comments:

Nurusaurus said...

(T_T) sedih cita neh.. rasa cam part of diri dah lost...iskk... nama aku pun supposedly najwa.. then tok aku yg bg nama Nurul ni....

Haziqah Yusra said...

sdeh aku bc cta ang..paperpon,ang memang tabah..

Amir Najmi said...

Dahla...jangan sedih...cerita ni dah lama...bukan part of diri...but keseluruhan diri dah hilang...hanya semangat yang menguatkan diri untok terus hidup...huhuhu...
kalau hampa ada kembaq...hampa taula macam mana rasanya...

AiNuDdIn Kun said...

sat...najwa tu adik hang ke??

wey...sedih tol,aku simpati kat hang...

Amir Najmi said...

najwa tuh adik kembaq aku...
thanx...!!