Thursday, June 17, 2010

KISAH AKU LAGI??

Hari ni aku baru ada masa free nak jengah ke blog...
Selalu on9 asyik buat benda lain ja...
Yalah...kalau aku tak study kuat2, aku tak bolehlah fly bulan sepuluh ni...
Huh...penat betul study life utk persediaan ke kanada ni...
Kalau tak tahan mau ada orang terjun bangunan...
Malam nak tengok bola pulak sekarang...
Ish2...penat aku seludup tv dari rumah angah semalam...
Jangan ada penggawa naik sudah...
Fewhh...
First tyme buat kerja jahat...
Yalah, dlu tyme aku kat sekolah...
Pengetua bagi ja kami tengok bola...
Tyme aku menengah rendah pun sama...
Masuk U, bilik tv tu asyik penuh ja...
Terpaksalah aku seludup tv...
Ish... tv barang larangan tau kat asrama...
Sebab setiap blok ada tv...
Malam ni aku ada group work pulak...
Janganlah bebudak perempuan tu buat hal lagi...
Kami yang laki ni nak balik tengok bola la che kak oi!!
hahahahhaha...
cakap fasal bola...
Setahu aku perempuan tak suka tengok bola?
Yaka?
Majoritilah...
Tambah2 lagi ummi aku...
Dya kata macam orang bodo ja tengok 22 orang kejaq satu bola...
Dah dapat, sepak pi ke lain...
Hahahahhaha...
Women are hard to be understood by me... '=,=...
Sorry...
Nasib baik orang tu tak kesah...
Thanks...
Kekekekekkeke...
Dah... satgi bising pulak mak cik2 group aku tu...
Lambat seminit pun nak berkira...
Hehehehe....sorry...terkutuk pulak...
Wasssalam...

Thursday, June 3, 2010

MAAF

Ya, aku tau...
Aku salah...
Aku mintak maaf!!
Kepada mereka yang sedarkan, terima kasih..
To, Emma....
Sorry!!
Oklah...
To anonymous yang dah comment..
Thanx..
Aku tau aku salah..
Dan aku yakin..
Emma takkan maafkan aku sampai bila2..
Aku memang bodoh..
Dahlah..
Aku takkan buat lagi..
And this the last...

Wednesday, May 19, 2010

KALUT...KALUT...KALUT...

Sorry...
Sorry kat siapa nih?
Kat sesapa yang rasa aku ada wat salah kat dya...
Well....sebelum tuh aku nak tanya...
Ada ka sesiapa yang nak tuntut janji aku?
(Kalau nak tau janji apa...sila rujuk post yang sebelumnya, ya...)
Ada tak? Sesiapa yang berkenaan...sila tunjukkan muka di hadapan aku...
Tak ada?? Fuhh...nasib baik...
Sebenarnya aku memang sibuk mengalahkan menteri mulai minggu nih...
Yala...cuba bayangkan...
16 Mei...hari guru tuh....aku bertunang...
17 Mei, aku dapat laporan yang aku kena daftar seminggu awal kat city edu sebab ada minggu orientasi...
Dah dapat biasiswa private nih...
Nak kena cari saksi dengan penjamin yang pelik...
Terpaksa tunggu pak su balik dari Hong Kong sebab ada seminar..
Pagi nih baru dya balik...
Aku dahla start orientasi 21 Mei... apa pun tak siap lagi nih...
So...lepas dua minggu baru nak free...
Hush..rasa macam tak mau ja sambung ngaji...
Tapi, tak boleh...
Takkan aku nak bagi anak dara orang makan pasir kot tahun depan...
Masalah...So...kawan2...janganlah contohi aku..ya??
Susahlah kawen muda2 ni...
Terjerat leher aku...
So...salam...see another two weeks okey??
Daa!!!~

Wednesday, May 12, 2010

HARI NI...AKU KENA HEART ATTACK!!!!!!

Tengok ayat kat bawah ni baik2!!

AKU DAH PUTUS TUNANG!!

Aku sendiri terkejut dengan berita ni…Tapi lagi terkejut bila aku dapat tau berita yang buat aku heart attack sat tadi…

Ngee!! Aku masih lagi terkejut nih…!! Mai sini aku nak cerita…

Jam 6.00 pagi :
Bangun, madi, solat Subuh…tidoq balik sebab aku gayut dengan alang semalam melalui Skype….

Jam 6.45 pagi :
Along gerak aku bangun. ALONG?? Aku terkejut besaq!! Along jatuh dari langit ka pagi2 hari rabu nih? Siap dengan Kak Long dengan anak2 sedara aku sekali…

Jam 7.00 pagi :
Dengan muka baru bangun tidoq aku turun bawah. Oh mak kau!! Ya ALLAH!! Aku terkejut sungguh2 ni!! Apa nek dengan tuk aku buat kat sini? Bila pak long dengan pak su aku sampai sini dari Sarawak?? Semua orang sengih tengok aku…

Jam 7.30 pagi :
Aku lari pi rumah Meerul.. ish… Apa semua orang buat kat rumah aku ni? Aku terus serbu masuk dalam bilik dia yang memang tak pernah berkunci. Ceh…mamat ni dok terbongkanga ats katil lagi rupanya… sebelum tu, biaq aku cerita sikit.. Meerul ni sepupu aku sebelah abah… So, dya pon macam aku jugak… Kami dah bertunang. Tapi, dia bernasib baik…kot….sebab dia tak dapat tuning lioness macam aku…ngeh3…

Aku pun gerak Meerul… Boleh pulak mamat nih sengih tengok aku…

Aku : Meerul…apa semua orang buat kat rumah aku??
Meerul : Ceh…hang ni memang selalu lambat dapat info dari oranglah…
Aku : Apa benda yang hang dok merepek ni??
Meerul : Pertunangan hang akan diputuskan hari ni… Family Emma dah setuju… Emma confirmlah setuju…
Aku : Ceh…aku ingat apa la tadi… Macamlah tak boleh abah dengan ummi plus ayah dengan ibu ja pi…
Meerul : Putus tuning memanglah senang che Najmi oi… Masalahnya, hujung minggu ni… ada majlis baru untuk hang…kali ni kita ikut adat family ummi pulak…
Aku : Ikut adat family ummi?? Ngee!! Yang ni yang buat aku kena heart attack nih!! Iku adat family belah
ummi aku bermakna tempoh peminangan adalah kurang dari enam bulan…!! Nak mampus!!
Meerul : Nampaknya hang kurang bernasib baik… Akad nikah before fly dan walimahnya sebelum tunang hang tu fly…
Aku : Hang tau pasal benda ni, Meerul? Awat tak habaq kat aku?
Meerul : Sebab hang nih suka kena heart attack! Lagipun…it’s a surprise… Dahlah…hang pilah balik… Aku Nak sambung tidoq nih!! Hang nak bersoal jawab lagik…nu…ramai orang boleh jawab kat rumah sana…

Di atas adalah lebih kurang hasil siasatan aku pada Meerul…
Aku balik rumah…

Jam 9.00 pagi :
Aku dok dalam bilik… Kenapa semuanya jadi macam ni? Aku tak pernah bayang sampai macam ni pun… sekurang-kurangnya ianya bertangguh sampai hari result JPA Emma keluaq…

“Abang…nah…pakai baju nih…Siap cepat. Pukul 10, kita dah kena sampai kat rumah depa…”

Aku pun bersiap sambil dibantu oleh Meerul.

“Ni awat muka hang macam asam kedut nih? Bukan hang memang tak suka ka Emma tu? Hang kata dia bising… mulut banyak… Tapi, aku pelik camna hang boleh pi jadi hero dya pun aku tak tau… Emma pun memang tak suka hang, kan? Jangan risau..no one will hurt dengan keputusan ni..” tu kata-kata Meerul.

“Meerul? Hang tau ka sapa yang ummi rekemen kat aku?”

Meerul boleh gelak kat aku… Ceh..macam ni ka nama kawan??

“Najmi…Najmi….petang ni, kita pi rumah dya… Tapi, aku boleh jamin yang dya sangat baik dan semua orang suka kat dya… Kalau hang kenal orang ni… Hang akan rasa bertuah sangat… Percaya cakap aku, okey..?” Meerul meyakinkan aku…

Ya ka macam tu? Aku kenai ka dengan dya?

Jam 10.00 pagi :
Kami sampai rumah Emma… Depa tak terkejut bermakna memang depa dah sedia maklum akan benda ni…

Aku tengok Emma sengih tak berhenti… Kami dok lawan jelling ja… Macam Meerul selalu kata…cakap guna telepati… Ngee!! Tak logic betoi!!

Dan lepas sejam berbincang, maka putuslah pertunangan di antara aku dan Emma…

Jam 12.00 tengah hari :
Aku ke pangkin tempat kami selalu lepak dengan Meerul. Emma dengan Icha dah sedia tunggu kat situ.

Aku : Aku mintak maaf… family hang tak kata apa2 ka pasai ni?
Emma gelak ja…
Emma : Hang rasa kalau family aku marah, depa akn senang2 ja jemput family hang masuk berbincang untuk putuskan pertunangan ni? Family aku tak kisah langsung… Jodoh pertemuan tu semua kan kat tangan ALLAH…
Meerul : Hang ni…selalu yakin sangat la… Kalau hang tak kawen sampai tua macam mana?
Emma gelak lagi…
Emma : Kan aku dah cakap tadi…jodoh tu semua Kerja ALLAH… AKu yakin dengan diri aku sendiri…
Icha : Dya ni berkeyakinan tinggi sikit…
Aku : Hmmm… Emma… takpalah…aku doakan hang dapat jodoh yang lagi baik dari aku…
Emma gelak ja… Gelak lagi…
Emma : Memanga kau akan dapatkan pun… hehehehhe..lawak ja… Aku kena balik ni… Ada appointment pukul 3 satgi…
Aku : Yalah… hang doakan aku dapat jodoh baik jugak…
Emma : Jodoh hang dah kat depan mata Najmi… dan aku kena cakap… she’s adorable… jodoh hang memang sangat baik…

Dan lepas tu, Emma dengan Icha terus blah…

Jam 2.00 petang :
“Abang… Cepatla… satgi lambat kita nak sampai…” Dan Along sua kunci kereta Vios dya kat aku…

“Naik kereta Along dengan Meerul… Meerul boleh lead the way…” kata-kata Along.

Meerul drive…aku kat sebelah…

“Hang ni awat chokia sangat? Relaxlah… bukannya nak pi hukuman gantung pun… Kita nak pi merisik ja…” Meerul ni memanglah tak boleh tengok aku senang…

“Jangan kacaulah. Hang drive ja…”

Jam 2.55 petang :
Kereta menyusur masuk ke kawasan Taman Jentayu, Seberang Jaya…

Meerul parking kat belakang Kereta pak long… Suasana kat situ memang riuh…macam ada kenduri pulak…

Kami masuk… Aku tersorok sikit ke belakang… Sampailah aku terdengar bicara…

“Yang mana satu ni?” Tuan rumah punya suara kot…

“Yang kat hujung tu…” Jawab pak su…

“Yang baju hijau tu?” Pak cik tu tunjuk kat Meerul.

Pak su gelak sebelum tunjuk kat aku yang sengih cuak kat belakang tu… “Bukan, bang. Yang baju biru tu…”

“Oh… tak apalah… jom kita keluar…makan… Kira semua dah selamatlah…” kata pak cik tu.

“Hurmm…yalah..baik sangat kalau macam tu… Jadi, 16 Mei ni, kami mai lagi sekalila no…” barulah aku dengar suara abah.

Kami keluar nak pi makan… Sampai kat pintu, ada orang tarik aku. Terkejut gak aku tyme tuh. Mamat tu Cuma sengih dan serahkan sekeping kertas kat aku.

Jumpak kat taman permainan belakang taman perumahan ni… Saya tunggu…

Hah?? Sapa yang tunggu??
“Aku tau kat mana…Jom aku drive hang ke sana…” Meerul dah mula dah… Mentang dya baru dapat lessen… gila stereng gamaknya mamat nih… Dahlah tau semua… Bila masa pulak dia jadi PI aku pun tak tau…

Jam 5.30 petang :
Lepas berenti sembanhyang Asar kat surau apa ntah..Meerul yang bawak aku, dya bawak aku sampay kat satu taman… Cantik gakla… taman ni kat tepi lebuh raya… tepi tu ada playground…

Meerul berhentikan Vios Perak along kat tepi jalan. Beberapa minit lepas tu, sebuah kereta Myvi warna hitam stop kat depan kereta yang kami naik tuh…

Pintu belakang bukak…Icha keluaq…Meerul sengih ja… Pintu sebelah driver terbukak, Emma pulak kluaq. Aku lagilah terkejut… Tapi, Meerul rilex sangat… Macam dah tau…

Dan enjin kereta Myvi tu ditutup dan pintu terbukak… seorang budak pompuan sebayalah dengan kitorang kluaq… Memang aku terkedu gaklah sat tengok dya… baju jubah seluar yang dya pakai tu…kaler biru… sedondon… dya buang kaca mata hitam…dan aku terkaku sat… Ya ALLAH…Subhanallah… Mukanya seiras dengan Najwa…

Dya mai dekat dengan aku dan sua sekeping kertas… AKu bukak dan lagi terkejut… Kertas ni dikoyakkan dari diari Najwa… Sebab sepanjang kertas tuh ada border… Najwa sayang Najmi…

Dan aku yakin yang mata aku berlari sepanjang kertas tuh…

Kawan baik aku…Khairul Huda bt. Hisyam…

Dan bawah tu ada gambaq Najwa dan budak tuh….

Dan tercatat di bawah gambaq tu…

Since 8 Mac 2000 - ….. (aku sendiri tak pasti)

Masya-ALLAh… tiba2 aku teringat kata-kata tuk… “Kakak ada kawan baik dari dulu sampai sekarang.. Nama dya Huda… Tapi dya dah pindah kot…” Waktu tuh aku form four…

“Saya pindah dari KL sejak umur saya enam belas tahun… Saya pindah ke Johor… Baru bulan lepas balik Seberang Jaya…” aku dengar suara dya.

Emma tengok aku… “Hang kenay dya Emma?” aku Tanya.

“Kenay… Dia dua pupu aku…” aku tak terkejut… Kalau tak ada hubungan, takkan tiba-tiba pulak si Emma dengan Icha boleh ada kat sini…

Icha tengok Meerul…Meerul tengok aku…Aku tengok Emma… Emma macam bagi isyarat kat Huda… Meerul sigung aku dengan siku. “Pilah bincang apa-apa yang patut…”

Aku dok bersandar kat pintu depan kereta along. Dia sandar kat pintu depan kereta dya.

Kami pun mula sembang2… tapi, aku sempay jugak dok jelling Meerul yang dok tergelak2 dengan Icha… Emma pulak dok bersila tak jauh dari depa. Mata dya tengok atas...tengok awan memang hobi dya... beranganlah tu…

Lepas bertukar- tukar info... Aku taulah segala-galanya fasal dya… Dulu, dya sekolah kat SK Seri Jaya sekali dengan Najwa… Masuk form one dekat SMK TTDI sekali dengan Najwa… Lepas Najwa meninggal, dya masuk ke SMK Raja Ahmad Shah, Kulai, Johor…

Barulah aku tersedar yang kami mengalami kehilangan yang sama… Dya adalah kawan baik pada Najwa. Rumah dya sebelah rumah tuk dengan nek… Kawan2 aku tak baik sangat dengan Najwa…maybe sebab Najwa pindah tyme kami kecik2 dulu…

Tiba2, dya mengeluarkan soalan…

Huda : Kenapa awak setuju dengan hubungan ni?
Aku : Saya sendiri tak tahu… saya hanya patuh pada rancangan ummi dan abah… Awak?
Huda : Saya pun diatur oleh ibu dengan ayah…
Aku : Awak tahu sepenuhnya rancangan ni?
Huda : Saya tahu… Kita akn bertunang hujung minggu nih… Akad bulan sepuluh… seminggu sebelum awak fly dan walimah akan dibuat bulan dua tahun depan…sebulan sebelum saya fly…
Aku : Dan awak setuju, Huda? Awak percaya ke dengan hubungan jarak jauh macam ni?
Huda : Saya hanya habiskan biasiswa MOE saya 3 tahun ja dekat Australia… lagi dua tahun, saya sambung kat Malaysia….
Aku : Kanada dan Australia tu jauh, Huda…
Huda : Saya tahu…
Aku : Dan awak masih setuju?
Huda : Apa salahnya, Najmi? Awak boleh berjauhan dengan Najwa selama 8 tahun… kita Cuma empat tahun ja… setengah dari itu… Saya ikhlas terima harapan ibu dan ayah sebab saya tahu, ibu dan ayah akan pastikan yang terbaik untuk saya…

Nampaknya dya sangat berkeyakinan tinggi… dia sanggup korbankan zaman remajanya dengan berkahwin..jadi, kenapa tidak aku? Masalahnya, aku akn sambung lima tahun di Kanada… Mungkin, aku harus yakin dengan diri sendiri…

Kami Cuma saling senyum… maka, termeterailah perjanjian…

Huda : Sebelum tu…boleh awak jawab soalan saya?

Aku just angguk…

Huda : Kenapa awak tak suka dekat Emma? Saya tengok dya tu baik apa…

Belum sempat aku jawab, Icha dah berlari dan tarik Huda ke tengah padang. Aku terkejut sat… Lepas tu baru aku sedar yang Emma dah terbaring kat tengah2 padang tu…

Aku : Kenapa ni, Cha??
Icha : Manalah aku tau… Aku toleh, dya dah pucat macam ni… Bila aku sampai…dya terus jatuh…
Meerul : Dahlah…jom kita balik…

Huda cepat2 drive Myvi dya ke tengah padang. Nasib baik Emma tu ringan… Icha dengan Huda larat angkat dya masuk dalam kereta… dan depa pun balik… Meerul just drive balik ke rumah terus… Dalam diam, aku ucap terima kasih kat Emma...dya telah menyelamatkan aku dari kena jawab soalan Huda tu....

Emma…Emma…You should marry a doctor… nak tau cerita fasal Emma…Icha dengan Meerul? Next entrylah aku tulis… Aklu dah ngantok nih… Heart attack aku dah mula hilang… Hish…kalaulah selalu jadi macam ni… Boleh kena strok nih… hehehhe… Selamat malam ya… Wassalam…

Wednesday, May 5, 2010

DIARI DAN NAJWA...

Aku mencari diari Najwa…
Akhirnya aku jumpak diari tuh kat dalam almari baju dya tingkat atas sekali kat rumah nek…
Tak ada apa dalam diari tuh melainkan gambar kami, gambar kawan2 dan gambar Emma…
Najwa sayang Najmi…kata2 yang ditulis dalam buku tuh setiap muka surat…
Rasa macam nak bukak kilang ja…hahahaha…
Dah2…

Diari tuh…abah dah bakaq…
Abah kata…semua barang Najwa yang ada benda2 pelik yang buat aku tambah gila…semuanya dya dah bakaq…

So…sejak hari itu…memang aku berikhtiar…untuk baikkan diri aku…
Untuk jadi waras semula…
That’s all…

Nanti next entry..aku cerita lagi panjang…k…

Tuesday, May 4, 2010

AKU DAN NAJWA...

Ni gambaq arwah Shatirah Najwa...sangat comel...Najwa...I miss you so much!! Al-Fatehah....

Shatirah Najwa bt Hj. Farid Redzuan dilahirkan lambat 5 minit dari aku…
Kami sangat rapat waktu kecik2 dulu sampaikan dia akan mennagis kalau terpaksa berenggang…
Aku teddybear pada dya…menajdikan aku seorang abang dan pelindung yang sangat baik…kawan baik sendiri pun aku sigi kalau ada buat Najwa aku nih menangis…
Sayangnya aku pada Najwa sangat lebih dari aku menyayangi diri aku sendiri…
Aku memang rela andainya aku tak makan waktu rehat hanya kerana Najwa teringin nak makan mee sup dekat kantin…
Apa yang aku dah merepek nih…
Okeyh..tukaq2…
Masuk darjah dua…pada suatu hari…tyme tuh, kami tengah main2…sepatutnya petang tuh, aku pi main bola kat padang dengan kawan2…dan entah kenapa…buat pertama kalinya sejak aku dalam tahun dua…najwa ajak aku bermain masak2 di pondok kami….

Dan entah kenapa, aku bersetuju untuk mengikutnya…
Tapi, aku tak terlibat pun dalam acara permainan mereka. Aku hanya teman…menemani… mengikuti…dan lain2 perkataan yang berkaitan…
Aku tengoklah…mula2…depa main batu…lepas tuh buat kerja sekolah…lepas tuh…main masak2…
Lalu, aku pun disuruh ke kedai membeli barang2 keperluan…ceh…
Kutip bunga raya, daun…bunga kertas…bunga apa ntah lagi yang segar bugar dekan taman belakang hutan getah nih…
Act…pondok nih…abah aku buat waktu muda2 dulu…saja nak seronok2…bercintalah kononnya…kalau shah jehan buat taj mahal untuk mumtaz…abah aku buat pondok nih untuk ummi…
Ni gambaq ja ya…gambaq betul tak tangkap pon…coz dulu mana reti tangkap gambaq pon…

Ni yang betul..tapi, aku pun tak tau kenapa bila masuk dalam lappy aku, size dya besaq semut ja…
Tapi, lepas aku form three…pondok ini dorobohkan…sebab?? Satgi aku cerita, k…?

Okeyh sambung…lepas tuh, depa pon masak macam biasa…tak dak apa yang extraordinary pun…
Sampailah masuk pukul 5…icha, emma, ita, ngan syifa pon dah nak balik… Depa pon baliklah…selalunya lepas tuh, depa akan main apa2 yang lain sampai pukul 6.15 baru balik…tapi, hari tu nak hujan…terpaksalah balik awal…

Aku tengok najwa dok simpan barang2…gaya macam nak balik…sekali dya pi main batu kat hujung ruang kosong tuh sorang2…
Tak lama lepas tuh…hujan mencurah2…lebat..kilat lagi…basah tau…
Fyi…najwa takut kilat…so, sebagai abang yang baik…ceewah…perasan btol aku nih…memang dah biasa sejak kecik, najwa akan spontan peluk aku bila dengaq kilat..dan macam tulah yang terjadi…basah gakla kami…tapi, takkan aku nak usung najwa balik tengah2 kilat macam nih…nak mampos…??
Aku pun suruh dya sabaq sat tunggu hujan seriat sikit baru nak balik…
Hah…aku dok peluk dya, tiba2 dya muntah…tapi, bukan muntah biasa…muntah darah…terkejut aku…
Aku takot gila…so, aku telah tinggal dya sorang2 kat pondok dan lari ke rumah meerul…Meerul telefon abah…lepas tuh, kami naik kat pondok balik…aku memang takut…dengan muka najwa yang pucat lesi tuh…darah lagi…lagila aku takut…

Tiba2, najwa terkulai atas riba aku…sebelum tuh dya peluuk aku cakap sejuk…sejuk… wa…aku menangis…besalah…budak2…

Nasib baik lepas tuh, abah aku sampai…meerul yang memang blur tu…blur ja tengok aku reyau…kotla nak tolong…

Kami bawak najwa pi hospital…dan najwa disahkan mengidap penyakit ulser pancreas…jangan Tanya kat aku…aku tak ambik bio…

Well…lepas berita tuh sampai pada tuk dengan nek aku kat KL…depa pon adopt najwa dengan depa…seminggu aku tak pi sekolah…demam panas..ummi kata demam rindu…

Lepas tuh..perjalanan diteruskan maka setiap kali cuti, kami sekeluarga akan pergi ke KL…tengok najwa…najwa dah tak maca dulu…walaupun dya masih gelak..masih senyum…masih banyak cakap…macam bertih je gayanya…

Tapi, dya dah banyak berubah…tengah2 tengok tv…dya boleh batuk darah…macam2…memang kesihatan najwa sangat teruk…

Sampai upsr keluaq…najwa masih tersenyum dengan 5A dya…tawaran ke SSP terpaksa dya ttolak mentah2…walaupun dya menangis teruk tyme tuh…

Lepas tuh, nek dan tuk hanya hantar dya ke SMK TTDI…Dya Nampak macam biasa ja…nampak macam dah baik tyme operation kedua dya…

Operation pertama tyme kami darjah lima…operation kedua tyme kami form two…bayangkan, aku terpaksa bertahan dengan demam panas yang sangat teruk untuk peperiksaan pertengahan tahun…well..yalah..dah dya operation…macam ummi cakap..bond kami tak boleh dipisahkan…

Ummi dengan abah pi tengok…aku kena stayla…jawab periksa…abah dah sogok aku…kata abah…walau apa yang terjadi, kita sebagai hamba-Nya harus tabah dan terus hidup…

Alhamdulillah, pembedahan Berjaya dan Najwa Nampak dah mula positif…dya dah kurang batuk and muntah darah…dah tak selalu pitam macam dulu…kalau nak kata happy..akulah orang paling happy sekali…aku dapat rasa kesakitan dya…sebab setiap kali dya sakit, aku akan sakit jugak…

Lepas tuh…habis exam pmr…aku terus naik bas menuju ke KL…dengan ummi dan adik…

Malam tuh..kat rumah tuk…aku tengah tengok tv…Najwa mai duk sebelah aku…

“Abang…PMR susah dak?”

“Awat kakak Tanya macam tu?”

“Saja…kakak rasa PMR okeyla jugak… Abang boleh tolong kakak?”

“Tolong? Tolong apa??”

“Tolong jadi CEO syarikat…”

Aku gelak jalah…memang cita2 Najwa nak jadi CEO kat syarikat pak ngah aku.. well…aku tak sangka langsung…

Hari raya pertama…

“Abang…kakak nak mintak maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki…lepas nih…kakak janji abang tak akan bagi abang sakit lagi…” dan Najwa gelak…aku..? aku sedih dan sayu… tak taulah…pengucapan menusuk kalbu…

Malamnya…

“Along on the way balik…” kata ummi… Aku tengah dalam bilik…baru balik sembahyang Isyak kat masjid…

Lepas jumpak along…aku naik atas…semua orang masuk bilik…sampailah, satu mesej masuk dalam handset aku…

Abang…teman kakak makan burger kat hujung taman jom…

Aku pun turun..dan aku pun tak tau kenapa semua orang tanpa soalan langsung membenarkan…

Kami jalan…beli burger special yang najwa suka lepas tuh lepak kat taman depan rumah tuk dengan nek…

Lepas makan..kami baring atas rumput…sembang2 tentang impian najwa nak buat rumah besaq kat kampung…macam2 lagilah impian dya…dan…hujan turun lebat secara tiba2…tapi…tanpa kilat…

Najwa masih kekal berbaring di situ… aku tarik dya ajak balik…tapi, dia tak mau…

“Abang janji dengan kakak…?”

“Janji apa??” aku agak marah…dya tak sihat…still nak main hujan lagi…

“Janji yang abang akan jadi arkitek…jadi CEO untuk kakak dan score straight a’s untuk SPM 2009…”

“Abang janji…jom kita balik…”

Barulah najwa bangkit dan peluk aku…

“Najwa sayang Najmi…” Ya ALLAH…hancur lebur hati aku tyme tuh…

“Najmi pun sayang Najwa…” tapi, aku sedaq aku dah nangis tyme tuh…

Najwa hanya peluk aku dan ala-ala Hindustan film…kami berpelukan sambil menangis kat situ….sampaila aku sedaq yang Najwa dah mula semput…

Aku cepat2 bawak Najwa balik dan menjerit satu rumah…

Agak kelam-kabut tyme tuh dan Najwa dibawa ke rumah sakit…again…

Dan malam tuh jugak, abah, ummi, tuk dan nek tandatangan satu lagi operation tergempar sebab kata doctor ada pendarahan lagi dalam pancreas…

Dan apa yang aku tau, sebaik sahaja, Najwa dibawa ke dalam operation thetre tuh, aku tak sedaq apa2…

Dan Najwa jadi lemah semula lepas operation tuh…kata doctor, ulser tuh dah merebak hampir ke seluruh abdomen dya…

Setelah disiasat…barulah tuk, nek dengan doctor bagitau kami sekeluarga yang memang tahap Najwa di tahap bahaya…

Memang lepas tuh…najwa kena tahan kat hospital…
Tarikh 27 Disember 2007…

“Najwa sayang Najmi…” kata-kata itu dibisikkan sekali lagi ke telinga aku…

Aku rasa macam aku dah gila waktu tuh…

Malam tuh…ummi dengan abah baca Yasiin dalam bilik Najwa…

Aku bersendirian dalam bilik…rasa sakit yang selalu datang itu datang lagi malam ini…
Tapi, hari ini, Najmi berlari ke kamar Najwa…biarlah rasa sakit ini menghentam seluruh tubuh…Najwa yang lebih utama sekarang….

Najwa seperti biasa mengalirkan air mata dengan mulut yang terkumat-kamit…aku mengkagumi dya…dalam kesakitan, dya masih mampu melafazkan ayat2 hafazannya dengan baik…

Aku peluk Najwa…Malam ini…aku rasa ngilu yang pedih mencucuk-cucuk tubuh…

Eh…salah…aku kan nak bercerita fasal Najwa….Okeyh mula balik…

Najwa peluk aku… “Diari..”

Hanya sepatah itu yang dia ucapkan pada aku…

Malam tuh, seluruh keluarga disuruh pulang ke rumah tuk dan nek… sekumpulan jemaah masjid dipanggil membacakan Yaasiin…Kami juga sudah sedia dengan apa sahaja yang mungkin terjadi pada malam itu…

Dan malam itu…aku dok dalam bilik bertemankan alang dan achik…Kalau benar ada sesuatu pada Najwa yang sedang terlantar…aku juga akan merasainya nanti…

Memang malam tu aku demam panas…sebab tulah jadi macam tu…

So…lepas tuh…aku terlena dan tak sedaq apa2 lagi…Sedaq2, aku kat atas katil…dah pagi…dan achik tidur kat atas lemek sebelah katil tu.. AKu cepat2 bangun…

“Abang..?”

“Achik…Abang nak pi tengok kakak…”

“Kakak?” Dan waktu tu achik menangis….Dan aku mula sedaq…Najwa ku dah tak dak…Najwa dah pi tinggal Najmi kat sini…

“Bila, achik?”

“2 hari lepas…” AKu hanya tunduk dan diam… Sesungguhnya pemergian Najwa memang memberi tamparan hebat pada aku…pada Najmi…

Hmmm…sehari aku diam tak cakap apa2… Walaupun ummi masuk tunjuk keputusan PMR aku…tunjuk tawaran MTD pada aku…Tapi aku hanya geleng…

Najwa…dapat 8 A...petang tuh, posmen mai rumah tuk…hantar surat ada cop rasmi URUSAN SERI PADUKA BAGINDA….Najwa dapat tawaran ke SBPI Gombak…

Sedih tu…maka, ummi dan abah bawak aku balik Kedah…balik dengan harapan…aku akan sembuh…Ya…aku memang dah gila tyme tuh…semua tempat aku Nampak Najwa…Teddy bear Najwa pon aku peluk tidoq…

Aku selalu cakap sorang2 dan tak dak semangat nak daftar 13 Februari 2008 kat MTD… Lalu, suatu hari, pak long balik... balik dengan pak su aku yang kini sedang melanjutkan belajar dalam bidang psikiatrik…(betull ka aku eja??)

Pak su cadangkan agar pondok kat belakang semak itu dirobohkan…bila orang Tanya…abah dengan senang hati jawab…pondok tu dah buruk…nanti kalau tumbang rosak rumah orang…

Lepas tuh…pak long bawak aku ke Sarawak…Dan mula hidup baru…Walaupun Najwa dah tak ada…teddy bear Najwa masih ada dalam simpanan aku…Cuma pondok tu ja dirobohkan…tak palah…memang kalau ada pondok tuh…aku rasa..aku akan tetap cakap sorang2 sampai bila2…

So, di kesempatan ini…kepada kawan2 yang baca blog nih..thanx sebab banyak tolong aku…especially to saiful yang sentiasa sokong aku sepanjang aku kat Bumi Kenyalang and not forget to Ameerul Haqim yang sangat supportive…and last but not least to Emma…Motivate aku hari2 kat rumah tyme aku gila tuh…hahahaha….

So, thank to all… Moga Allah merahmati kalian…

Monday, May 3, 2010

Kisah Aku di Menengah Atas 3...

Lagi…

Aku masuk Form Five… Masuk form five nih memang bahaya sikit sebab kelas Kimia, Fizik dan Lukisan Kejuruteraan kami dikongsi bersama dengan bebudak Bitara Girls… Mula2 tuh aku tak berapa berani sangat..Yalah..first tyme masuk kelas sekali…Kot2 kena ngorat ka…

Hahaha…tapi jangkaan kami meleset sama sekali kerana bebudak Bitara Girls sangatlah tawadhuk dan istiqamahnya walaupun depa takdalah bertudung labuh macam budak sekolah agama…tapi sangat menjaga pergaulan…Terkejut gaklah kami yang gila2 nih…hehehehe…

Sebab apa aku anggap macam tuh..sebab zaman sekarang nih..aku tengok orang pakai tudung labuh…adalah golongan minority….pakai tudung labuh, baju lubuh tapi, pakai baju macam sarung nangka..yang tu pun ada gak dalam golongan bebudak yang sekelas dengan aku…tapi aku tengok golongan tulah yang dok bercintun…maybe dulu kat sekolah depa tyme lower form…tak berkesempatan kot…lantak pilah kat depa….

Masuk form five memang gila gakla hidup aku…rasa macam tak sempat nak bernafas. Balik pukul 12.30 ja aku terus tukaq baju lepas tuh terbongkang atas katil…penat dowh…awal-awal pagi dah nak kena bangun fikiaq yang tu, yang nih…cari strategi nak menang basket…nak buat projek untuk rekaciptalah…entah seribu satu masalah yang putaq dalam kepala otak aku nih…so, kepada anda yang rasa macam dulu tak buat apa pon kat sekolah bersyukurlah…sebab kalau jadi macam aku nih…memang azabnya, Tuhan saja yang tau…letih badan…

Sampailah satu ketika, waktu tuh, aku dah balik rumah pak long aku untuk cuti mid year term…sedang aku dok berangan dan belek lappy aku, tiba-tiba telefon bunyi….AKu terkejut gaklah…haish…kacaula aku tengah syok main game perang2 monster mania nih…

“Assalamualaikum abah…”

“Waalaikumussalam…abang…Balik tau esok…abah dah tempah tiket…”

Wa…mandatory punya arahan tuh….apalah yang jadi pulak kali nih??

“Esok, bah? Pukul berapa flight?”

“Pukul 7.30 pagi…” Lagilah aku terkejut…cepat2 aku tengok jam kat dinding bilik aku…dah pukul 10.30 malam…Lagilah aku kalut…aku terus shut down lappy…kemas barang-barang dan tidoq…dalam flight, aku bukan boleh tidoq pun…

Nak tau apa jadik kat kampung? Nanti post lain aku cerita…Adalah cerita di sebaliknya…

AKu balik semula ke Bitara College dengan rasa yang entah…susuah aku sendiri nak cakap. Kenapa aku? Aku rasa macam aku tak cukup dewasa lagi untuk tanggung semua nih…APa-apajalah…aku kena sambung blajaq nak capai cita2 aku…itu yang utama….

Masuk tyme trial…Hari aku nak jawab soalan Teknologi Kejuruteraan tuh, aku rasa semacam…entahlah… aku rsa tak sedap hati, tak mau jawab periksa…tapi, Alhamdulillah…keputusan aku takdaklah teruk sangat… macam biasa ja…
Mungkin perubahan yang berlaku sejak akhir2 ni memang mengganggu tumpuan aku sepenuhnya untuk sambung blajaq….tiba2…ada pulak pengumuman yg mengatakan asrama perlu dikosongkan tyme SPM…terkejut si Saiful nih…yalah, dya kan Ketua Umum Permata Bitara…semuanya di bawah urusan dyalah…

Tapi, pengetua telah mengeturkan beberapa buah asrama dekat dengan sekolah untuk kami…tapi, lepas tuh, dya suruh kami dok rumah sewa ja…yalah…asrama yang pengetua bagi kat kami tuh dekat dengan Bitara Girls…mestilah sama-sama tak selesa..mana pernah kami nih bertentang mata walau dalam kelas…masing2 buat hal sendiri ja…kecuali yang perak terlebih tuh…

Kat rumah sewa, pak long selalu mai lawat aku…hahahaha….nak tau apa pak long cakap pada suatu hari? Waktu tuh baru habis exam Maths…

“Abang…pak long daftar abang kat kelas memandu…pak long dah aturkan dengan depa…bila abang rasa nak pi, abang call pak long, nanti pak long bagitau depa…bagitau kawan2 lain sama kalau2 depa berminat…”

Dan kami berbincang dan setuju…Maka bermulalah jadual yang agak sibuk,…belajaq kereta dan motor…sambil tunggu giliran, kami studylah…tapi…kadang2 boring, kami menyembang ja kat situ…

Sampailah tarikh last exam…aku kemas barang semua dan balik rumah pak long…tapi, sebelum tuh, aku pi amek test JPJ dulu…alhamdulillah…kami berlima pass with flying colours…

Sebelum aku balik Semenanjung tuh…pak long Tanya aku…betul ka dah nak balik…tak mau ka dok sini dulu…Aku memang nak balik…dah dua tahun aku bermusafir kat sini…dan lama aku tak jumpak adik dan kawan2 sekampung aku…mandi sungai melepak, memancing, keluaq SP sama2…rempit…panjat pokok rambutan…kait buah manggis…macam2 lagi yang aku rindu…tup2 tersangkut lagi…

Kali ini, aku diminta mengejar basic violin dan piano dekat sebuah kelas muzik untuk kanak-kanak 9-12 tahun dekat Kota Samarahan tulah…

Sebelum aku lupa…well…kalau hampa check jadual exam spm 2009, pengajian keusahawanan tukan clash dengan subjek teknologi kejuruteraan..camna tuh? Di sini aku ingin memohon ampun kerana kat sini, aku pun tak tau sebab apa, tapi, kelas pengajian keusahawanan kami sebenarnya kena duduki exam perdagangan… haish…aku pun tak paham pasaipa…takkan hampa paham kot, kan? So…maaflah...

Haha…tu ja kot…Nanti, aku cerita lagi ek??

Saturday, May 1, 2010

Kisah Aku di Menengah Atas 2...

Hah…sambung cerita…kalau nak tau cerita apa, sila rujuk kisah aku di menengah atas yang sebelum ni…

Syarat yang ditetapkan oleh Bitara Industries kalau dia tawarkan biasiswa ialah kita kena kerja dengan dya for 3 tahun untuk yang dapat first batch honour, 5 tahun untuk second class upper..7 tahun untuk second class biasa dan 15 tahun untuk third class…Tapi, aku tak pernah lagilah dengaq cerita yang ada pemegang biasiswa yang kena kerja sampai 15 tahun…paling lama pun 7 tahun ja…yalah…takkan dia nak bagi biasiswa untuk orang2 yang dah confirm dapat third class kot kan…dahlah kena kerja 15 tahun, kena bayaq cukai pulak tu…tak dapat elaun lagi…so, kalau tak mau macam tuh…studylah sungguh2…

Tapi, bagi akulah kan...dorm mate aku, si Saiful Nizam Azahan bin Ujang nih…hebat sangat kot…hahaha…dya aliran sains…Cita-cita dya nak jadi doctor…Takpalah…Bitara punya hosp bukan macam hosp kerajaan kita yang kat semenanjung nih…bitara hosp tuh kebanyakannya untuk orang besar2 dan kebanyakannya untuk pakar2lah kiranya…so, dya kena blajaq dan ambik pakar siap2 sebelum balik M’sia baru boleh kerja kat situ…Lagipun…hosp Bitara tuh, bukan kat dalam Sabah atau Sarawak…tapi kat Brunei…

Okeyh2…lepas seminggu aku kat situ, aku diserap masuk ke dalam team bola keranjang…hahaha…aku tak minat pun bola keranjang, tapi, Alhamdulillah…aku dikurniakan ALLAH dengan kebolehan dan kecekapan bermain bola keranjang…dan aku sangat2 bersyukur…

Mai aku cerita fasal jadual kat sana pulak…Pagi, macam biasa…sebelum Subuh, kami wajib bangun dan bersiap sedia ke Masjid untuk solat berjemaah di mana kami berkongsi dengan Bitara Girls… Lepas tuh, kami akan balik ke asrama, sarapan pagi…(Sarapan pagi biasanya oat…koko krunch dengan susu… cereal… kalau sekolahlah…) Kata Nutritionist yang bertugas tyme aku Tanya tuh…dya cakap, sarapan pagi adalah untuk menambahkan tenaga…so, bila hari sekolah, kami lebihkan bijirin dan karbohidrat serta kalsium untuk kecerdasan otak and bla…bla..bla…aku tak ambil bio so, aku malas nak dengaq penerangan yang panjang berjela tuh…cukuplah yang aku tau bahawa sarapan pagi amat penting… kami juga disunatkan bersarapan dengan kismis sebanya tujuh biji yang dimulai dengan selawat…(Tapi, aku tak rasa macam sunat…dah jadi wajib kot untuk pelajar sekolah ni)

Lepas tuh, kami akn terus ke sekolah dan masuk kelas…Sebaik sahaja loceng berbunyi, mikrofon akan diketuk oleh Ustaz yang bertugas di mana Ustaz tersebut akan membacakan doa sebelum memulakan pelajaran…(Untuk hari Isnin hingga Khamis sahaja…Untuk hari Jumaat…kami akan mengalunkan zikr al-asma ul-husna… sebelum bacaan doa)

Lepas tuh, kelas dimulakan…satu waktu...45 minit…5 minit untuk penerangan penuh…30 minit untuk penerangan bab dan 10 minit untuk sesi soal jawab…setiap mata pelajaran ada satu waktu…takdakla sampai dua waktu…masuk kelas pukul 7.15 pagi…rehat 10.15 hingga 10.45…dan balik pada jam 2.30 minit petang… Lepas tuh macam biasa, solat Zohor, makan tengah hari…

Lepas tuh…rehat sampai solat Asar…Waktu riadah tuh ikut sukala…Tapi, kalau macam aku nih…ada latihan basketball ataupun latihan squash atau tennis…aku pilah…kalau tak, aku lagi suka lepak kat bengkel buat reka cipta baru untuk projek sekolah ataupun ke tapak kawad PKBM….

Malam pulak…selalunya akan ada kelas untuk subjek elektif…so, tiap-tiap malam, aku akan jadi penghuni setia bilik orchestra kat kolej. Sebelum tu, macam biasa, wajib solat Jemaah Maghrib dan Isyak dekat Masjid…Sementara tunggu waktu Isyak tuh selalunya macamlah kami buat…(hafazan, tadarus, ceramah agama, tadabbur dan juga tazkirah…halaqah…boleh buat masing2 punyalah…sekolah tak wajibkan).

Tapi, masuk pertengahan bulan Mei…dekat2 nak periksa, ada seorang cikgu IT daftar masuk sekolah kami dan dia bukak kelas Literasi Komputer malam2… Seminggu pi dua kali… Sesiapa yang berminat sajalah….Aku pun terlibat jugak…sebab aku EXCO untuk kebudayaan dan reka cIpta secra tak rasmi…mungkin kenala kot guna kom…wajib… so…tiap2 Ahad malam dan Selasa Malam, aku akn melepak depan computer tu lepas habis isyak sampai pukul 11.30… light off kami…suka hatilah pukul berapa…Cuma lampu utama kena padamkan pukul 12.30…yang lampu lain2 tuh…bergantung pada individu…

Kalau hari cuti…aku akan melepak kat bengkel buat projek atau kat bilik muzik…kadang2 kalau rasa macam nak kluaq peluh aku pilah basket…shoot bagi masuk…hilang tension…

Sampailah mid year exam…study punya study…Alhmdulillah…akhirnya, aku Berjaya dapat GPA 3.86…lebihla daripada apa yang disyaratkan oleh pemberi biasiswa…dan aku pun ditawarkan biasiswa dan diserap masuk secara rasmi dalam PERMATA BITARA dan sekaligus menjadi ketua utama EXCO Kebudayaan Muzik dan Reka Cipta untuk Kolej Bitara…dan mungkin rezeki aku jugak…Alhamdulillah, aku dilantik menjadi kapten untuk basketball…huh…gila penat hari2 dowh…

Masuk bulan 8, cikgu Malik Redza…PK Administration Kolej mai jumpak aku tyme aku tengah komand bebudak kawad untuk National Day peringkat sekolah… Aku terkejut gakla..lepas sembang2 sat…rupanya dia tawarkan aku untuk ambil suubjek est…mak!! EST?? Tak pernah aku bayangkan nak ambik subjek tuh…dahlah jadual dya clash dengan subjek Pengajian Keusahawanan aku…(yang selalu ambik EST subjek wajib depa ialah akaun bukan pengajian keusahawanan)

“Cikgu yakin dengan kamu Ameer…” Aku sengih ja… memang semua orang kat sini panggil aku Ameer… dan, setelah aku berbincang dengan abah, ummi, pak long, mak long dan setelah ditimbal balik, aku pun bersetuju untuk ambik subjek tuh…Aku istikharah tau…bukan main suka2 ja…

Dan bermulalah episode baru aku yang tersangatlah sibuknya kalah PM… dan aku bersyukur kerana dalam kesibukan aku, aku tak pernah menjatuhkan prestasi akademik aku dengan sentiasa mengekalkan 3.75 ke atas untuk mengekalkan segala aktiviti koku aku yang macam nak gila tuh!!

Lagi?? Nanti aku sambung lain…

Friday, April 30, 2010

Kisah Aku di Menengah Atas...

Hah..Lepas tuh...10 Januari 2008..aku didaftarkan ke sebuah private school yang hanya terletak 2.5km dari rumah pak long aku dekat Kota Samarahan...Aku pi balik driver yang jemput...tak pernah dilalui dalam sejarah hidup aku...

Nama sekolah tu Kolej Bersatu Yayasan Sarawak... tapi, entahlah...aku rasa macam2...aku tk boleh duduk pun kat situ...Lepas 2 bulan...satu malam tuh...tarikh dya 8 Mac 2008, aku beranikan diri masuk library kat rumah pak long aku di mana pak long aku menghabiskan kerja2 dya...dan aku mula berbicara dengan doa yang abah selalu ajr aku untuk lembutkan hati orang agar dengar luahan hati kita...

Aku pun masuk dan duduk berhadapan dengan pak long aku. Pak long aku cuma senyum dan tengok aku... Dan sangat lembut macam biasa...Pak Long pun tanya aku...

"Awat abang? Kitak ada masalah apa di sekolah?"

macam tau2 ja pak long aku nih...

"Pak long...abang tak maulah dah sekolah kat situ....abang balik semenanjung jalah..."

"Ish...abang nih...jangan cepat putus asala...Try dulu...kalau abang tak mau sekolah kat situ...takpa, esok, kita pi mintak surat berhenti lepas pak long bawak abang pi sekolah lain...okey?"

Maka, esoknya paklong telah membawa aku ke kolej dan jumpak ngan pengetua...maka dengan senang hatinya, pengetua, Tuan Hj. Fariz tuh telah menandatangani surat berhenti sekolah aku...maybe sebab dya kawan ngan paklong aku dah lama....


Lepas tuh, pak long bawak aku balik...dan pak long masuk balik pejabat...seketika kemudian, mak long balik rumah...aku terkejut gaklah...tak pernah mak long aku balik awal dari butik dya...


Aku ponn buat ramah cam besala...pi tegoq... "Awal mak long balik hari nih...ada apa-apa program ka?"


"Takdaklah...pak long kata, dya nak hantar abang masuk boarding school kat Mukah...Jadi, mak long ingat hari ni mak long nak bawak abang beli baranglah nak bawak pi sana..."

Wah...terharunya aku....!! Dan tengah hari tu jugak, sepupu aku, Kak Idayu, anak secont last mak long aku bawak kami ke Shopping Complex kat Kota Samarahan tuh...Oleh sebab aku ni tak berapa nak reti membeli-belah, Mak Long dan Kak Idayu yang sangat baik hati telah membantu aku membeli-belah...

Dan pada 10 Mac 2008, aku dibawa oleh pak long dan mak long mendaftar ke sekolah baru. Terpampang gah nama sekolah kat pagar besar (sekolah tuh atas bukit) Kolej Bitara Instituition, Mukah. Dan kami terus masuk ke pagar di sebelah kiri yang tertulis Kolej Bitara Instituition for Boys dan di kala itu baru aku tersedar yang pagar sebelah kanan tertulis Kolej Bitara Instituition for Girls... Rupanya sekolah ini diasingkan jantinanya...

Dan kami dibawa ke pejabat Pengetua...Tn. Hj. Abang Musa bin Abang Ibrahim...Dia pun terangkan serba sedikit tentang sekolah ni...Dya ada cakap jugak yang kalau aku score untuk pertengahan tahun punya exam, Insya-ALLAH, aku akan ditawarkan biasiswa oleh Bitara Industries Sdn. Bhd. barulah aku tahu yang kolej ini dibina ala-ala macam Petronaslah...kata pengetua, kalau ada rezeki, maka akan wujudlah sebuah IPTS di sini yang bernaung di bawah Bitara Industries yang mana syarikat ini memajukan pembangunan di sekitar Malaysia Timur termasuklah di Sabah, sarawak dan juga mendaftarkan diri untuk pembangunan di Brunei.

Lepas tuh, aku dibawa ke asrama yang macam hotel...sangatlah hebatnya...maybe sebab sekolah nih private kot...yang dok kat sini pun semuanya macam kaya...Aku masuk ke sebuah bilik di mana kawan sebilik aku nih adalah EXCO terpenting sekolah.. Tulis kat atas bilik aku tuh BILIK PERMATA BITARA... Terkejut beruk aku dibuatnya...Apahal pulak aku masuk bilik nih?

Tapi, aku pun buat-buat tak paham...kemas semua barang-barang...Ketua Warden pun dok terang kat aku fasal peraturan asaramala...outingla...pilang bermalamla...apa lagi ntah...yang aku dok fikiaq menatang lain...awat aku masuk bilik nih??

Lepas tuh, pak long dengan mak long pun balik....Aku dibawa ke bilik mesyuarat....La...awat pulak?? Ada beberapa orang pegawai masuk dan aku mula disoal-siasat macam kena tahanan reman...

Lepas tuh, dia bagi pilihan sama ada aku nak masuk kelas aliran sains, sastera atau teknikal...dan dia bagi aku pilihan mata pelajaran...yang wajib...macam biasa...BM...BI...M3...Sejarah, Geog...PI...dan Pengajian Keusahawanan...Aku pun pilih kelas teknikal...dengan tambahan mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan, Teknologi Kejuruteraan, Chemistry, Physics, Add Maths dan Reka Cipta...

Lepas tuh, dia bagi pilih kelab pulak...aku ambil Kelab Squash dengan Muziklah semestinya... Untuk subjek elektif yang kita boleh pilih sama ada nak belajaq atau nak amek SPM...semua boleh pilih pilih...dan aku memilih subjek Muzik...walaupun rasa macam nak ambik subjek Literature in English...Tapi, takpalah....

Lepas tuh, aku dibawa masuk pulak ke kelab Badan Uniform dan bilik temuduga PERMATA BITARA... Aku pilih PKBM... dan aku disenarai pendekkan untuk menjadi EXCO sekolah...Terkejut aku bertambah kepada kuasa dua...haish....pelik2 betolla sekolah nih...

Lepas tuh, aku pun diberi surat tawaran yang mana aku diwajibkan mendapat sekurang-kurangnya 3.65 GPA untuk mid year exam dan aku akan dimasukkan ke dalam badan EXCO BITARA...

Maka, aku pun meneruskanlah perjuangan...kawan sebilik aku nih memang ditawarkan untuk sambung belajaq kat sekolah nih dengan biasiswa...rupa-rupanya, dia top ten pmr untuk negeri Bumi Kenyalang....dan pembiayaan dya kat Bitara College nih ditanggung sepenuhnya oleh pihak syarikat...Dan kalau dya score SPM, dya akan terus dihantar ke luar negara untuk sambung pelajaran dalam apa-apa bidang yang dia suka...tapi, ada jugak syarat dya...

Nak tau?? Tunggu post seterusnya ya....

Kisah Aku di Menengah Rendah...

Oleh sebab aku tak berapa terror tyme upsr...aku just melangkah daftar tyme 4 januari2005 kat sekolah yang hanya 2 km dari rumahku syurgaku....

Hahaha...happy gakla coz jumpak balik kengkawan yang masuk sekolah cina tyme sekolah rendah... contohnya... Ameerul Haqim... tapi, aku dok sat ja kat situ, tak sampai sebulan, aku dah pindah ke SMKKJ...nak tau? find sendiri...

Meerul pindah ikut ayah dya yang dah bercerai dengan mak dya ke Sarawak... Kalau aku tak silap, dya msuk private school untuk menengah rendah...

Aku tercangak gakla waktu hari first tuh...Nganga....tak kenal orang... DAn aku didaftarkan ke PKBM...wakakakaka...sesuatu yang tak pernah aku bayangkan... Takpalah...aku buat-buat macam okey...

tapi, best gila aktiviti dya... Dulu, aku pernah bercita-cita nak jadi pilot...Well.. Lepas tuh dah tukaqlah... Aku takmaulah jadi menda pelik macam tuh...Biaq Pian ja berusaha untuk jadi pilot...Yalah, kan...dya minat gila kat Emma tyme sekolah rendah dulu...teruja kot sebab ada perempuan yang sama tarikh lahir dengan dya...hahahaha...

Aku pun belajaqlah bersungguh-sungguh...catch-up balik maths dengan bi... wow...Aku rasa dulu aku suka main2 sangat kot... Sebenaqnya, mate dengan bi lagi senang dari science...aku yang gila sains lebih sebab boleh try menda pelik2...dan suka baca buku sains...mate malas buat latihan...bi...malas bukak kamus...sains was somting yang aku boleh main2mainkan...sebab tulah aku minat kot...

Tapi, aku dah try yang terbaek dan akhirnya, aku dapat! aku berjaya kekalkan top ten...you see bukan senang nak lawan ngan anak cina, kan? aku tak dakla jadi best student...top ten ja...

dan disebabkan aku dah jatuh cinta pada PKBM dan cikgu penasihat dya dah jatuh hati kat aku yang tak pernah monteng latihan nih...Cikgu dah masukkan aku sebagai salah seorang pelajar untuk daftar ke MTD....Hahahaha...aku memang happy gilerah tyme tuh...

Gila!! Happy sangat!! Aku boleh dekat dengan Najwa...Najwa...Najwa...Aku dapat rasakan apa yang dia rasa sebab setiap kali dya jadi apa-apa...aku akan rasa sakit dekat ulu hati...mula2 aku ingatkan aku ni ada penyakit apa...tapi, bak kata kata ummi...cubit paha kanan, paha kiri tersa sekali... Betul ka? untuk peribahasa...aku setuju....Tapi untuk praktikal...cuba try..kalau cubit paha kanan, paha kiri terasa sekali tu...mungkin hampa ada special abilitiesla kot...tak normal...hehehehe...

Aku memang study macam nak rak...takdaklah gila sangat...besa2ja...but yes..i do stay up...dengan frame gambar ummi, abah dan najwa teman aku...Najwa yang bagi semangat kat aku untuk dapatkan tawaran masuk MTD tuh...

Seriously...aku sangat-sangat bahagia...aku nak dkat dengan Najwa balik selepas hampir tujuh tahun kami dipisahkan...

Dan tarikh 1 Oktober segala-galanya terluah...aku hanya nampak Najwa...dan macam mana dya jawab pmr dalam keadaan macam tuh...Dan tarikh habis pmr...5 Oktober, abah faxkan surat cuti aku...

AKu kemas barang...Faiz tolong aku...Balik rumah, kemas semua barang2 dan aku naik bas dengan ummi dan adik menuju ke KL....minggu depan kan dah raya...kami celebrate kat kl...dengan najwa...semua family aku sampai KL malam raya...

Well...Alhamdulillah...aku score straight a...8 a lah maksudnya dan aku berjaya dapat tawaran ke MTD tuh... Tapi aku takpi daftar dan semua kawan2 aku aku cakap aku kat MTD sekali ngan ummi ngan abah aku sekali cakap macam tu kat orang kampung...

Memang semua kawan2...orang2 kampung ingat aku kat MTD...sebenaqnya, aku tak belajaq kat sana pun... ummi dan abah cuba menghilangkan stress yang maha hebat yang terpaksa aku lalui...pak long aku secara sukarela membiayai pengajian aku dan buat pertama kalinya, abah aku menerima bantuan dari keluarganya...semuanya sebab aku...

Aku terlalu stress...Aku hanya nampak wajah Najwa di mana2 sahaja...but she've gone...Sebab tu abah hantar aku ke Malaysia Timur dan tinggal ngan pak long aku kat sana...Pak long sanagat baik dengan aku...

Nak taulagi ceita aku? Nantikan post yang seterusnya...

Wednesday, April 28, 2010

Zaman Sekolah Rendah...

5 Januari 1999...
Hari pertama aku masuk sekolah..abah tunggu aku sampai rehat ja...sebab abah kena pi sekolah balik. Ummila yang setia menunggu aku sampai pukul 12.45... bawak sekali adik aku yang kecik lagi tyme tuh...Najwa pon masuk sekali...tapi, najwa tak sekelas ngan aku...najwa kelas sebelah...Aku masuk kelas satu IT...Najwa 1 Sains... Kiranya Aku terpisahla dengan dya..Tapi tyme rehat, dya ngangala kat depan kelas aku tak pun aku nganga depan kelas dya sebelum aku, najwa dengan emma lari keluaq pagar sekolah tu balik rumah untuk makan nasik kat rumah...

Aku ngan najwa lari ke atas...emma lari ke bawah sebab rumah dya kat bawah...waktu tu rasa macam happy sangat...yalakan...kawan2 aku yang bawak bekal kena cari spot nak pi rehat takpun berebut2 kat kantin tuh untuk dapatkan makanan...

Selalunya ummi masak sedapla sebab pagi2 kami hanya makan sekeping roti sebelum pi sekolah...

Terasa air mata bergenang tiap2 kali cerita fasal adik kembaq aku si Najwa nih...Terasa macam baru semalam kami keluaq sama2 naik bas...gelak sama2...sekeh kepala dya...nampak muka dya yang memang ceria 24 jam tuh...

Cerita balik fasal sekolah rendah. Aku memang gila sukan sket...Aku juarala kalau lari kat sekolah nih...tapi, tak pernah jadi olahragawanla...besa2 ja...aku tak terror akademik...so, kenalah aktif sukan, kan?

Masuk darjah dua, walaupun aku ni kira tak berapa pandai, aku tetaplah stay kelas 2 Teknologi aatau singkatannya IT..Najwa pon naik kelas...Adik aku nih sangat pandai...Tapi, dya ada masalah kesihatan sket...so, dya dipindahkan ke Kuala Lumpur bersama nenek dengan atuk aku...dok kat sana...tapi, dya akan balik tyap2 kali cuti...

Masuk darjah tiga...empat...lima dan enam...Macam 2 yang jadi...tapi susah nak cakap...

Masa kau darjah tiga, aku dan emma...tak janji pon...tiba2 jumpak ja kat sana...pi kelas muzik...aku belajaq main gitar...piano dan violin...tapi, aku suka gitarlah... ummi cakap, kita kena ada sijil kalau nak perform dalam orchestra....ya memang aku ada cita2 utk perform kat orchestra main piano atau violin...gitar, aku memang minat gilalah...

Sebab bagi aku orchestra give you a lot of money...and... akukan ramai adik beradik...abah cuma kerja sebagai cikgu sekolah rendah...aku boleh masuk kelas muzik tu pun sebab aku ada bakat kot...sebab kitaorang ada walk-in-interview...lagi pula Najwa yang tengah sakit tuh, abah nak kena tanggung jugak...walaupun family aku ni tersangatlah kayanya...tapi, abah aku sangat low profile, dia lebih suka berusaha sendiri untuk dapatkan duit daripada berharap dari adik-beradik dya yang memang sah-sah kaya gila sebab abah aku keturunan Tengku....datuk atuk aku Tengku...mak atuk aku Tengku...tapi, tak kahwin ngan Tengku gak, sebab tuh jadi Megat...Sebab tulah aku terasa nak tolong...sekurang-kurangnya, aku masih ada seorang adik lelaki...

Lagi? Aku ni memang gila sains...aku suka reka benda2 yang pelik sket...Nak bangga diri sket...aku start masok pertandingan Sains Nestle tyme aku darjah empat...aku selalu score sains...tapi bab2 mate ngan bi aku memang hancus...cakapa bahasa inggeris aku takkan faham....maths aku lembabla...

Yang aku ingat...tyme aku darjah 4, aku reka roket..suka2 ja sebenaqnya...tapi terbabas ke dalam kawasan sekolah...elok ja landing atas cermin kereta cikgu sains aku...tyme tu budak darjah 6 ada tuisyen...kami tak sekolah, main ja...cuti sabtu...
aku just campoq cuka getah yang jiran aku guna untuk bekukan getah...aku curik lepas terhendap2 kat belakang reban ayam abah aku tuh hampir dua jam...see?aku memang nakal!!

cuka getah sahaja? ya..only..aku masukkan sekali garam pastu aku panaskan...terbanglah...hehehehe...so, aku pun diserap masuk sebagi peserta simpanan sebab aku tak reti cakap bi langsung2...

waktu darjah lima...aku buat pancur air dan gunung berapi...tapi ttyme pancur air tuh...esok nak pi bertanding, aku demam plak...waktu tuh Najwa masuk operation buat pertama kalinya...aku tersangkut sekali...kata ummi...kami kembaq...cubit paha kanan...paha kiri terasa sekali...

waktu gunung berapi tuh aku yang buat eksperimen...tapi eksperimen bisu...segala-galanya, groupmate aku yang cakap...

gunung berapi tuh dya nak tengok yang mana meletup tak mencemarkan alam sekitar...senang ja...masukkan perahan air limah dan cuka...masukkan garam...lepas tuh dia meletup, masukkan serbuk penaik...dia melimpahlah dan taklah mercik kat orang...hehehehehe...entahlah aku main hentam ja...dapat juara ja...betullah kot konsep aku tuh...

last sekali tyme aku darjah nam...aku buat kajian fasal payung terjun...dapat naib juara ja sebab belon pecah tyme tgah terbang..frust betol aku...

last sekali, keputusan upsr keluaq...aku score 3a 2b ja...b? bi ngan matelah of course...najwa? 5a...kawan2 aku...meerul ja dapat lima a....yang lain 4a1b dan bee-ann...sama ngan aku 3a2b... emma? of coursela lima a...

Kisah kanak-kanakku...



Ni gambaq tyme aku tabika dulu. Walaupun bukan sekolah pertamaku (Sekolah pertama aku kat PASTI waktu aku umur 5 tahun...sambung 6 tahun, dan 7 tahun..)Hah dalam gambaq tuh..aku yang tengah...kira dari kanan atau kiri...aku yang number lima...

Aku tyme tuh ada enam orang kawan baek dan seorang musuh ketat...musuh ketat aku perempuan... kawan baek aku, seorang budak perempuan...act...dya kembaq aku...tapi dya dah meninggal 3 tahun yang lalu...nanti aku cita fasal dya plak...yang belah kiri gambaq tuh semua kawan baek aku...sorang lagi yang kat sebelah lagi aku tuh...
musuh ketat aku...(yang duduk) dua dari kiri gambaq tuh... yang hujung paling kiri gambaq tuh...kembaq aku... Syatirah Najwa nama dya...kembaq aku nih kawan baek ngan musuh ketat aku...ada lagi sorang budak pompuan...nama dya arisa hafni binti said iskandar...depa nih memang tomboy abeslah...kawan ngan budak laki...

Oleh sebab aku masok Pasti umur 5 tahun...tapi rasanya takdak apa yang best kot kat situ...so...kita cita fasal Tabika ja okey?

Aku melangkah masuk ke Tabika KEMAS Kg. BAru pada 10 Januari 1998...bersama-sama kembaq aku, Najwa...kengkawan aku...Meerul (Ameerul Haqim)...Pian (Suffian Shafiee)...Kimi (Luqman Hkimie)...Bee-An (Nabihan Ghadani) dan Acap (Asraf Daud)... Kat sana, cikgu yang ajaq kami tuh nama dia Cikgu Zaiton...kami panggey Cikgu Zai ja...

Aku pun diletakkan di meja bersama lima kawan-kawan aku... Najwa plak dok antara dua orang budak pompuan yang comey...tyme tuh memang nampak clash gila gak ah sebab Najwa pakai jeans dengan t-shirt...dengan rambut dya yang boycut tuh...memang nampak clash la dengan budak pompuan dua orang yang pakai baju kurung dengan cekak comel tuh...memang ayu gilala...

Ropa-ropanya indah khabar dari rupa ja...Hari pertama nampaklah baik...hari kedua...ropanya lagi boyish dari adik aku...nampak cam adik aku tuh baik gila...tapi takdakla baik pon...last sekali terpengaruh dengan adik aku sekali jadi boyish...masalahnya, bila dengan pompuan boleh pulak dya main elok2...dengan laki...huh depa ni kerja carik fasal ja...tambah2 lagi si emma tuh.. dahla cute giler si emma tuh (could not mention her real name or else i'll dead...)

Lepas tuh...mulalah kami bertengkar ari2 macam anjing dengan kucing...hahahaha...fasal laksa pun nak bertengkaq...yala...budak pandaila si emma tuh...congak2 memang otak dya geliga...

dya memang selalu jadi org pertama keluaq tiap-tiap hari...sebalum balik, cikgu zai selalu buat kuiz...sapa boleh jawap boleh balik...

so, sepanjang nak balik jalan tuh memang kami bertengkaqlah...aku suka kata dya sombong... dya suka kata aku nih mulut nak kena cili...hahahaha....tapi...dya baik sebenaqnya...

sampailah hari terakhir kami amek anugerah plus sijil... memandangkan nama aku sebelum nama dya memang kami bertengkaq gilala...tapi, nasib aku memang malang sebab telah menumpahkan kuah mee atas jubah mini konvo aku... nasib baik aku dah lepas naik...tapi rupa-rupanya aku kena naik sekali lagi untuk gantikan adik aku yyang tak sihat haritu...waa...macam mana ni?? dan tanpa aku sedari, ada seseorang bagi jubah dya kat aku dan orang tuh adalah emma...dan kami mulalah kawan baik...

Kisah Aku...

Tangisan
Album : Kiasan Naluri
Munsyid : Amar
http://liriknasyid.com

Tangisan penuhi kesunyian
Berlinang air mnata ibu
Bersyukur kau lahir ke dunia
Sejak kecil engkau diasuh
Dibelai dimanja dan disayang
Agar harapan menjadi kenyataan

Siang malam tiada beza
Penat derita tidak dikira
Engkaulah yang pasti diutama
Walaupun nyawa menjadi taruhan

Betapa besarnya pengorbanan
Jasa mereka tiada ternilai
Kini kau pun telah dewasa
Usah diluka hati yang tua

Tiada yang lebih membahagiakan
Kecuali sekuntum doa penyeri hidup
Anak yang soleh itulah tandanya
Harta sejati yang amat berharga

Dan pada tarikh 8 Januari 1992, tepat jam 3.45 pagi, lahirlah seorang bayi lelaki seberat 3.34 kg yang diberi nama Ameer Najmi bin Haji Farid Redzuan.

Akulah tu..aku ni anak keempat dari enam orang adik beradik...

Keluarga aku terdiri daripada abah aku...Haji Farid Redzuan bin Megat Shahrul Nabihan..
ummi aku, Nik Fadzilah Baini binti Nik Jalalluddin ismail...
Along aku...Aiman Syazmil bin Haji Farid Redzuan...
Angah aku...Syamira Aqilah binti Haji Farid Redzuan..
Alang aku...Syafiqah Aimi binti Haji Farid Redzuan...
Achik aku...Amran Hasrif bin Haji Farid Redzuan...
Aku...
and last sekali adik aku yang bongsu dan manja...Syahirah Aulia binti Haji Farid Redzuan...

Well...abah aku kerja sebagai seorang cikgu dan akan pencen tahun depan...
ummi aku plak kerja buat nasi lemak...isi masa lapang katanya...
along aku dah kahwin pun...umur dya 30 sekarang....dia sekarang nih kerja sebagai seorang engineer dekat petronas...samala dengan isteri dya...nama isteri dya Husna binti Ghazali...anak depa yang cute tuh...Faris Akmal bin Aiman Syazmil....baru 3 tahun...
angah plak pulak tengah sambung phd dalam bidang sains...umur dya 28 tahun...kahwin awal nih...suami dya doktor...suami dya nama Muhammad Basri bin Hanif...anak depa dah dua orang pun...dua-dua perempuan...yang first Ariana Ilyani umur 4 tahun... yang second Adlina Iftitah umur 1 tahun setengah...
alang tengah tunggu nak sambung master kat russia hujung tahun nih... skrg tengah buat kerja sambilan jadi cashier kat tesco baru sp tuh.. dya buat master in econs kot...umur dya sekarang 25...
achik plak tahun kedua kat university of adelaide, australia dalam course farmacist...umur dya 21 tahun
adik aku form four dekat mrsm taiping...
aku? nanti aku cerita lagi...

Tuesday, April 27, 2010

Assalamualaikum..

Aku memulakan penulisan yang agak keterlaluan di sini... so kepada anda yang tak meminati cerita ini....mintak maaflah...tak minta sesiapa ponn jadi pembaca setia...cuma mahu menulis untuk meluahkan perasaan....

Sekian, harap maklum